19 Januari 2012, Khamis
Selamat bersara diucapkan kepada En. Rosli bin Awang Chik (kakitangan MRSD Besut) yang akan bersara pada bulan Februari dan Pn. Zubaidah binti Abd Rahman (kakitangan Unit Pentadbiran JKSTR) yang akan bersara pada bulan Januari 2012. Majlis kesyukuran sempena persaraan beliau telah diadakan pada hari Khamis, 12 Januari 2012, bertempat di Ruang Legar, Aras 1, Bangunan JKSTR bermula jam 12.30 tengahari.
9 Januari 2012, Isnin
Mengandungi statistik bagi kes Mal, Jenayah, dan Majlis Sulh bagi seluruh Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu sepanjang tahun 2010 hingga tahun semasa. Data statistik diperoleh dari sistem E-Syariah untuk makluman umum.
_____________________________________________________________________________
Hadis daripada Rakb al Misri, Rasulullah s.a.w bersabda ;
Maksudnya : " Berbahagialah sesiapa yang menghina dirinya, baik usahanya, baik rahsia hatinya, mulia zahirnya dan beruzlah daripada manusia akan kejahatannya. Berbahagialah sesiapa yang beramal dengan ilmunya, menafkah lebihan daripada hartanya dan menahan daripada bercakap berlebih-lebihan".
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al Bukhari, al Tabarani, al Quhda'ie dan al Baihaqi.
Hadis daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda ;
" Orang Islam adalah saudara orang Islam Yang lain, tidak boleh menzaliminya dan menganiayainya, sesiapa yang menolong saudaranya nescaya Allah akan menolongnya. Dan sesiapa yang melepaskan saudara Islamnya kesusahan nescaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan pada Hari Akhirat dan sesiapa yang menutup aib orang Islam nescaya Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat ".
Hadis sahih riwayat oleh Imam al Bukhari dan Muslim.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya; Rasulullah s.a.w bersabda ; Maksudnya : " Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri daripada meminta-minta dan berusaha untuk keluarganya, dan untuk berbuat baik kepada tetangganya, akan dibangkitkanoleh Allah pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama, dan siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyakkan, berbangga dan sombong, akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedang Alllah murka padanya "
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Laith al- Samarqandi, Ibnu Abi Syaibah, Abu Nuaim dan Ahmad.
Pegawai dan Kakitangan JKSTR turut menyertai perarakan sempena sambutan Hari Maulidur Rasul S.A.W. peringkat negeri Terengganu Tahun 1433H/2012M yang akan diadakan pada 12 Rabiul Awal 1433H bersamaan 5 Februari 2012M bermula jam 7.15 pagi. Perarakan ini akan bermula dari Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu dan berakhir dengan Majlis Perasmian pada jam 9.00 pagi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.