Persekitaran Berkualiti Amalan 5S/QE

mpc mampu

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
telah dipersijilkan oleh MPC dan MAMPU. Persijilan Amalan
Persekitaran Berkualiti Amalan 5S daripada MPC pada 16 Disember 2010,
manakala daripada MAMPU pada 1 Julai 2011 hingga 1 Julai 2013.

APA ITU 5S?

5S merupakan suatu konsep amalan kebersihan yang diperkenalkan di Jepun. Amalan penjagaan kebersihan ini merujuk kepada penjagaan tempat kerja yang kemas dan bersih berdasarkan kepada prinsip ‘tempat untuk semua dan semua ditempatnya’.

Tujuan utama penjagaan kebersihan ialah untuk mempraktikkan disiplin dan moral yang baik di kalangan pekerja di mana ia akan meningkatkan prestasi produktiviti dan seterusnya membentuk tabiat kerja yang baik.

PROSES AMALAN 5S :

S1    SEIRI (SISIH) :
Menyisih barang-barang yang tidak perlu dan membuangnya.

S2    SEITON (SUSUN) :
Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan.

S3    SEISO (SAPU) :
Membersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, meja, mesin dan perkakasan lain.

S4    SEIKETSU (SERAGAM) :
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi setiap masa

S5    SHITSUKE  (SENTIASA AMAL) :
Semua piawaian telah diwujudkan

  • Memahami piawaian
  • Mematuhi piawaian
  • Menjadikannya budaya kerja

Kembali Ke Menu