Bangunan JKSTR

PENGENALAN

Sebelum tahun 1988, Mahkamah Syariah di Terengganu adalah merupakan salah satu dari beberapa aktiviti di dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu ini mulai 1 hb Ogos 1987 telah disusun dalam tiga tingkat iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan mahkamah Rendah Syariah Daerah-Daerah. Walaupun begitu, di Kuala Terengganu yang mana ditempatkan Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, court housenya hanya satu sahaja yang dapat diadakan. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan pelanggan Mahkamah Syariah bersungut bahkan mendorong kepada berlakunya ketidak adilan kerana pengendalian kes-kes tertentu terpaksa ditangguhkan kerana bergilir-gilir di antara Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Selain dari itu kebanyakan perbincaraan terpaksalah dikendalikan di dalam Kamar Hakim.

Mulai 1 Januari 1988, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu ditubuhkan dan serentak dengan itu Mahkamah Syariah keseluruhannya diletakkan di bawah Jabatan baru ini dan terus berasing dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Memandang kepada keperluan court house yang amat mendesak dan demi untuk mempertingkatkan mutu serta kewibawaan sistem perundangan Syariah, dalam bulan September 1990, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengemukakan cadangan agar sebuah bangunan dibina khusus untuk penempatan Mahkamah Syariah di Kuala Terengganu kepada Jawatankuasa Pemandu perancangan dan Pelaksanaan Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu Dan Kompleks Jabatan Hal Ehwal Agama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Dan Perpustakaan Islam Terengganu, di bawah Unit Perancang Ekonomi Terengganu. Cadangan tersebut telah dipersetujui. Project Brief Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada peringkat awalnya telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Dalam tahun 1994, apabila cadangan Bangunan Baru Mahkmah Syariah Kuala Terengganu dihidupkan semula, beberapa pindaan kepada project brief yang terdahulu telah dibuat menurut pandangan Mahkamah Syariah dan diangkat bagi pertimbangan Kerajaan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya pada 4 Disember 1994, telah membuat pertimbangan di atas cadangan pembinaan bangunan Mahkamah Syariah ini.

Sebagai langkah jangka pendek menangani keperluan court house itu, mulai 1 Julai 1994, Kerajaan Negeri bersetuju supaya Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu menyewa di tingkat bawah Wisma Seri Amar, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Dengan menduduki premis yang disewa itu sebanyak dua buah court house telah dapat diadakan. Keadaan ini masih lagi belum dapat memenuhi permintaan semasa pelanggan Mahkamah Syariah. Adalah dijangkakan menjelang tahun 2005 sebanyak 6 buah court house diperlukan di Mahkamah Syariah di Kuala Terengganu, iaitu:

  • Satu untuk Mahkamah Rayuan Syariah
  • Dua untuk Mahkamah Tinggi Syariah, dan
  • Tiga untuk Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu.
BANGUNAN BARU DAN KONSEP

Bangunan Baru Mahkamah Syariah telah direkabentuk dengan matlamat-matlamat seperti berikut:

(i) Bangunan yang berfungsi sebaik-baiknya dari segi pengaliran pengguna dan keselesaan.

(ii) Sebuah bangunan yang selamat dan teguh dari segala kemungkinan yang tidak diingini.

(iii) Sebuah rupabentuk bangunan yang tersengam dan seimbang yang dapat memberi keyakinan secara psykologi kepada orang ramai kepada fungsinya sebagai tempat pengadilan.

(iv) Memasukkan kombinasi ciri-ciri senibina Islam dan tempatan untuk menggambarkan kehalusan dan ketelitian pengadilan syarak.

REKABENTUK

Bangunan ini mempunyai rekabentuk bercirikan keislaman. lanya adalah sebuah bangunan enam tingkat termasuk "basement". Perkara ini dirujuk kepada rukun Iman yang enam. Dilengkapi dengan lima buah kubah pula diilham dari rukun Islam yang lima . Di sekelilingnya mempunyai kekisi konkrit yang bercorak keislaman panel cermin yang berbentuk area. Ini menonjolkan gabungan identiti tradisional tempatan dan keislaman serta menampakkan lagi keunikan dan keteguhan rekabentuknya. Gabungan ini menampilkan bahawa bangunan ini adalah sebuah tempat pengadilan berteraskan Hukum Syarak dan terletak di bumi Negeri Terengganu Darul Iman. Sementara putih dan kehijauan warnanya disepadankan dengan rekabentuk menambahkan lagi keunikan dan kecantikan bangunan ini.

Ruang legar bagi oran g ramai disebelah dalam bangunan ini pada setiap tingkat direkabentuk agak luas, selesa dan menarik. Adalah diharapkan pihak-pihak yang bertikai di Mahkamah Syariah beroleh ketenangan dan mendapat ilham agar keputusan dalam satu-satu pertikaian dapat dibat secara persetujuan bersama atau dalam istilah undang-undang Islam disebut Sulh. Islam amat menggalakkan satu-satu pertikaian itu diselesaikan secara persetujuan bersama.

PELAKSANAAN

Projek ini dilaksanakan di atas Lot PT 889R, Lokasi: Padang Hiliran, Mukim Cabang Tiga, Daerah Kuala Terengganu dengan tapak seluas 0.8972 hektar (2.217 ekar).

(A) PENGAWASAN

Pejabat Penyelia Pengarah Kerja Raya Negeri
Penyelaras Penolong Pengarah Kerja Raya (Bangunan)
Kaedah Pengawasan JKR

(B) PERUNDING

Arkitek Arkitek Suria, Kuala Lumpur
Awam Jurutera Perunding Zaaba, Kuala Lumpur
Ukur Bahan Kumpulan Perunding Ihsan, Kuala Lumpur
Mekanikal/Elektrikal Perunding Sezaman, Kuala Lumpur

(C) KONTRAKTOR

Kontraktor Utama Hubungan Raya Terengganu SDN BHD
Sub Kontraktor Eletrik & Telekomunikasi Inst.
Sulong Elec & Eng. SDN BHD

Air Conditioning Inst.
Cahaya Motor Letrik & Hawa Dingin

Fire Fighting
Hubungan Raya

Lif Inst.
BABENA SDN BHD

PABX Inst.
Two Y Comm. Eng SDN BHD

Perabot Dalaman
Amizu Industries SDN BHD

(D) KOS PROJEK

Keluasan Tapak 0.8972 Hektar
Keluasan Bangunan 9780 Meter Persegi
Bilangan Tingkat 6 (Termasuk tempat letak kereta)
Kos Projek RM 19 juta
Harga Bangunan RM 1900 Meter persegi

(E) TEMPOH KONTRAK

Tarikh Milik Tapak 3 Ogos 1996
Tarikh Siap 21 Januari 2000
(termasuk lanjutan masa)
Sebeb kelewatan Tempoh siap Pertukaran cerucuk
Kelewatan perlantikan NCS
Kerja-kerja Tambahan

Tarikh JKSTR dibenarkan beroperasi di Bangunan baru : 2 MEI 2000

KEMUDAHAN

Bangunan ini berorientasi Mahkamah. Di dalamnya terdapat enam (6) dewan bicara (court house), sebuah perpustakaan undang-undang dan Hukum Syarak, Perpustakaan Rujukan serta merta untuk hakim-hakim, ruang pejabat, kantin, Balai Polis, Bilik Gerakan dan tempat letak kereta yang dapat memberi keselesaan kepada pelanggan dan orang ramai yang berurusan dengan Mahkamah Syariah.

Selain dari itu bangunan ini juga dibina khas untuk membolehkan ianya disambung dengan sistem komputer. Laluan komputer di bangunan ini disediakan dibawah lantai. Kerajaan Negeri Terengganu telahpun mempunyai kemudahan Terengganu Net. Di samping itu Mahkamah Syariah Terengganu juga telah disediakan dengan sistem berkomputernya sendiri yang diberi nama Sistem Pengurusan Mahkamah Syariah Terengganu (SPMST). Kemudian, dengan bantuan Kerajaan Pusat, pada bulan Ogos 2001 E-Syariah telah diperkenalkan di Terengganu. Kemudahan yang sebegini rupa dapat membantu mewujudkan penghakiman yang bermutu tinggi di kalangan Hakim Syarie negeri ini.

Berikut adalah ruang-ruang yang disediakan atau kemudahan yang diperuntukkan mengikut tingkat-tingkat:

A) TINGKAT BAWAH

Merupakan tempat letak kenderaan bagi Ketua Hakim, Pegawai dan Kakitangan. Di tingkat ini juga ditempatkan bilik suis utama, bilik MDF, ruang sampah dan suction tank.

B) TINGKAT SATU (1)

Di tingkat ini mengandungi kemudahan-kemudahan seperti Surau Lelaki dan Surau Wanita, kantin, Balai Polis, Bilik Tahanan Sementara bagi pesalah lelaki dan pesalah perempuan, bilik untuk pemberita, bilik pemandu dan Perpustakaan Undang-undang dan Hukum Syarak.

C) TINGKAT DUA (2)

Di tingkat ini disediakan Pejabat Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, Bilik Server, ruangan pejabat, perpustakaan kecil, bilik mesyuarat bahagian; dan sebuah mahkamah yang mengandungi; Kamar Hakim, Dewan Bicara, Bilik Sulh, Bilik Saksi, Bilik Pendakwa dan Bilik Peguambela.

D) TINGKAT TIGA (3)

Mengandungi dua buah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu. Tiap-tiap satu mahkamah itu mengandungi; Kamar Hakim, Dewan Bicara, Bilik Sulh, Bilik Saksi, Bilik Pendakwa dan Bilik Peguambela.

E) TINGKAT EMPAT (4)

Di tingkat ini disediakan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Megeri Terengganu, ruangan pejabat, bilik mesyuarat bahagian, bilik komputer dan dua buah Mahkamah Tinggi yang mana tiap-tiap satu mahkamah itu mengandungi; Kamar Hakim, Dewan Bicara, Bilik Sulh, Bilik Saksi, Bilik Pendakwa dan Bilik Peguambela.

F) TINGKAT LIMA (5)

Pusat pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu ditempatkan di tingkat ini. Selain dari itu di tingkat ini juga ditempatkan sebuah Bilik Gerakan, Bilik Ketua Pendaftar, Kamar Hakim Mahkamah Rayuan, Kamar Ketua Hakim Syarie Negeri dan Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Negeri.

PERASMIAN



DULI YANG MAHA MULIA
AL-WATHIQU BILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T.,
D.K (Perlis)., D.K (Johor)., D.K.M.B., (Brunei).,
D.K. (Perak)., S.P.M.J.
IBNI
AL-MARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
Sultan dan Yang di Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman

DAN
DULI YANG MAHA MULIA PERMAISURI NUR ZAHIRAH
D.K., S.S.M.T.
PERMAISURI TERENGGANU

Telah Berkenan Merasmikan
BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH TERENGGANU
ini
pada 22 Rabiul-Akhir 1421
Bersamaan 24 Julai 2000