Bantuan

Para pelanggan kami yang dihormati, sekiranya tuan/puan ingin membuat pendaftaran kes di Mahkamah Syariah, tuan/puan boleh mendapatkan contoh borang afidavit di kanuter pertanyaan yang terdapat disemua mahkamah syariah daerah-daerah atau tuan/puan boleh memuat turun contoh borang melalui laman web kami menerusi menu 'Panduan Pelanggan'. Tuan/puan hanya perlu klik pada nama borang yang disenaraikan, kemudian simpan ke dalam komputer tuan/puan.

Sekiranya tuan/puan keliru untuk memilih borang-borang yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, tuan/puan bolehlah menghubungi mahkamah syariah daerah tempat tinggal tuan/puan terlebih sahulu untuk mendapat penerangan dengan lebih jelas. Untuk mendapatkan nombor telefon dan alamat mahkamah syariah daerah-daerah, tuan/puan boleh merujuk kepda menu 'Hubungi Kami'.