Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (KEJAKSA)

SEKAPUR SIRIH
hj din
salam

Alhamdulillah syukur saya kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana limpah kurnianya dapat sama-sama kita mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (KEJAKSA) pada kali ini. Walaupun dalam keadaan yang agak tidak sempurna kerana berbagai masalah yang melanda Kelab Kebajikan kita ini, namun kita masih lagi mampu untuk mengadakan mesyuarat agung pada kali ini.

Saya mengharapkan agar perjalanan mesyuarat pada kali ini dapat berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang harmoni supaya apa-apa yang diputuskan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam ucapan saya ini juga saya mengharapkan agar kelab KEJAKSA ini dapat berjalan dengan lebih sempurna dan saya mengharapkan agar semua ahli KEJAKSA dapat memberi sumbangan yang tidak berbelah bahagi dalam memajukan kelab ini.

Sempena Mesyuarat Agung KEJAKSA pada hari ini saya memohon kepada semua ahli dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bagi demi memajukan KEJAKSA.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli KEJAKSA yang telah memberi sokongan kepada kelab ini dan saya mengucapkan selamat mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (KEJAKSA) kali ke 4 tahun 2016 dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

والسلام

Haji Shamsuddin bin Ngah
Yang Dipertua KEJAKSA

Klik Disini Untuk Melihat Senarai Ahli Jawankuasa KEJAKSA