Peraturan Ketika Berada Di Dewan Bicara

Para pelanggan yang ingin turut serta dalam dewan bicara ketika perbicaraan sedang berlangsung haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan ketika berada di Dewan Bicara Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu adalah seperti berikut:

 

A. ARAHAN

1. HORMAT

Hendaklah hormat kepada Y.A Tuan Hakim ketika masuk ke dalam Dewan dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A Tuan Hakim.

2. TEMPAT DUDUK (Kecuali pihak-pihak yang akan dibicarakan) :

Tempat Duduk Sebelah Kanan

Perempuan : Tempat Duduk Sebelah Kiri


3. SENYAP

Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap.


4. PAKAIAN

i) Lelaki : Pakaian Sopan/Tertib

ii) Perempuan : Pakaian Sopan/Tertib dan menutup aurat serta memakai tudung kepala.


B. LARANGAN

1. Pakaian :

Lelaki : Baju T, Seluar Pendek, Rambut Panjang melebihi Paras Bahu, Selipar tidak dibenarkan.
Perempuan : Baju T, Seluar Panjang/Pendek, Mini Skirt, Selipar adalah tidak dibenarkan.

2. Merokok.
3. Membaca Majalah/Akhbar dan lain-lain.
4. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun kecuali Dengan Kebenaran Mahkamah.
5. Bersembang/Bising.
6. Membawa Senjata Api/Tajam Dan Lain-lain Yang Boleh Mengakibatkan Kecederaan.

C. PERINGATAN

Pihak-pihak yang terlibat dengan Perbicaraan dikehendaki berada di dalam dewan Mahkamah sepuluh (10) Minit lebih awal sebelum perbicaraan dimulakan.

KETUA PENDAFTAR
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU