e-Perintah

e-perintah merupakan sebuah projek KIK 2010 jabatan bagi mempercepatkan proses penyediaan perintah pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Terengganu.

 

A. PENGENALAN KUMPULAN KIK 2010

Nama Kumpulan KIK 2010: E-SISS

Tajuk Projek: Kelewatan Penyedian Perintah Pembubaran Perkahwinan

Logo:

 

Motto: Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Etika Kumpulan: Berfikiran terbuka, semangat berpasukan, keputusan bersama

Objektif Kumpulan:

1. Meningkatkan prestasi kerja.
2. Mewujudkan budaya kerja cemerlang.
3. Berfikiran terbuka dan positif .
4. Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

Keahlian:

Kriteria Pemilihan Ahli:

1. FASILITATOR: HJ MAT ROPI BIN BUSU

Beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelidik kepada Ketua Hakim Syarie Terengganu. Mempunyai pengalaman bertugas di Kedutaan Malaysia, Mesir selama 3 tahun ( 2006- 2008).
Dilantik sebagai Penyelaras Program 5S di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Dalam ISO Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Beliau merupakan Ketua Audit Dalam

2. KETUA KUMPULAN: EN. SALLAHUDDIN BIN EMBONG

Beliau bertugas sebagai Pembantu Hakim dan berpengalaman selama 25 tahun di Mahkamah Syariah Terengganu. Pada Tahun 2010 beliau dilantik sebagai Pengerusi MBJ Pihak Pekerja di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bagi sesi 2010 - 201.Berpengalaman dalam proses Penyediaan Perintah Mahkamah. Pernah dianugerahkan Anugerah Pekerja Popular JKSTR pada bulan Mei 2008.

3. SETIAUSAHA: SITI SALWA BINTI MUSTAPA

Beliau bertugas sebagai Penolong Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu. Berpengalaman dalam bidang penyediaan perintah di Mahkamah Rendah dan di dalam bidang penyediaan data-data kes Mahkamah. Berpengalaman dalam mengendalikan Mesyuarat.

4. AHLI: MOHD FAUZI BIN DRAMAN

Beliau bertugas sebagai Pembantu Hakim selama 15 tahun di Jabatan Kehakiman Syaraiah Terengganu. Pernah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1999 dan 2008. Pernah dianugerahkan Anugerah Pekerja Popular pada bulan Jun 2008.

5. AHLI: HJH. HILMIYAH BINTI HJ. YUSOFF

Beliau bertugas sebagai Pembantu Hakim selama 19 tahun di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Pernah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 1997. Pernah dianugerahkan dengan Anugerah Pekerja Senyum Sokmo @ Mesra Pelanggan Peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2007. Berpengalaman selama 19 tahun sebagai Pembantu Hakim dalam Penyediaan Perintah.

6. AHLI: MOHD YUSRI BIN ISMAIL

Berpengalaman tentang komputer.Pernah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang Peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) tahun 2007. Mempunyai komitmen dan prestasinya baik dalam bidang tugas.

7. AHLI: EIRMAN YUSDIE BIN HANAFIAH

Sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah TinggI Syariah Terengganu. Berpengalaman dalam bidang penyediaan perintah Mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Berpengalaman menjadi Ketua KIK pada tahun 2009.

8. AHLI: SHARIFAH ZAKIYAH BINTI SYED AHMAD

Berpengalaman bertugas di Mahkamah Syariah selama 14 tahun di bahagian pentadbiran. Berpengalaman dalam bidang jurutaip dan pendaftaran kes di Mahkamah Syariah. Berpengalaman dalam bidang Penyediaan Perintah Mahkamah.

9. AHLI: HJ. MOHD NASIR BIN ABD. MANAF

Berpengalaman bertugas sebagai Pembantu Hakim selama 19 tahun di Mahkamah. Pernah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2009 peringkat Jabatan dan Negeri. Terlibat secara langsung dengan kes-kes dan penyediaan perintah.

10. AHLI: ROSLAN BIN ALI

Pernah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang di peringkat jabatan dan negeri. Berpengalaman sebagai Jawatankuasa Urusetia Kursus dan Protokol Jabatan. Berpengalaman dalam bidang pemfailan Jabatan. Berpengalaman bertugas di bahagian Pentadbiran selama 35 tahun.

11. AHLI: ISMAIL BIN MAMAT

Bertugas sebagai Pembantu Am Pejabat selama 18 tahun. Pernah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1997, tahun 2004 dan tahun 2009. Berpengalaman sebagai Jawatankuasa Urusetia Kursus dan semua program Jabatan. Berpengalaman dalam bidang berkaitan kesetiausahaan dan pengurusan program. Mempunyai komitmen yang tinggi dan prestasi yang baik dalam melaksanakan tugas.

B. KAJIAN PROJEK

Tajuk Projek: Kelewatan Penyediaan Perintah Pembubaran Perkahwinan

Rasional Pemilihan Projek:

1. Masalah: Kelewatan Penyediaan Perintah Pembubaran Perkahwinan.
2. Disebabkan:

-Tiada Garis Panduan Penyediaan Perintah
-Tiada penyeragaman penyediaan perintah bertulis
-Proses kerja yang berperingkat
-Komunikasi yang kurang berkesan dengan pelanggan

3. Akibat: Perintah lambat disediakan kepada pelanggan.
4. Kesan Kepada Pelanggan: Semua urusan yang memerlukan dokumen Perintah Perceraian tidak dapat diproses untuk kelulusan seperti:-
-Perakuan Ibu Tunggal
-Status Janda atau Duda
-Untuk memfailkan kes-kes akibat perceraian seperti Nafkah Eddah, Mutaah, Harta Sepencarian dan lain-lain.

5. Kesan Kepada Kakitangan:
-Terlalu banyak proses kerja (birokrasi) yang terpaksa dilakukan dalam menyelesaikan satu-satu kes yang difailkan
-Pengagihan kerja yang berulangkali melibatkan kakitangan tangan yang ramai dan pembaziran masa

6. Kesan Kepada Jabatan:
-Sering menerima aduan, rungutan dan rasa tidak puas hati pelanggan.
-Tidak menepati sasaran KPI Jabatan.
-Tiada keseragaman format perintah pembubaran perkahwinan yang dikeluarkan

Objektif Projek:

1.Mempercepatkan kadar masa menyiapkan Perintah Pembubaran Perkahwinan.
2.Memastikan tiada lagi aduan pelanggan mengenai Perintah Pembubaran Perkahwinan yang lambat siap.
3.Memudahkan urusan hakim mengeluarkan perintah.
4.Menyeragamkan format perintah Pembubaran Perkahwinan


Tema Projek:
Memendekkan Tempoh Proses Penyediaan Perintah Pembubaran Perkahwinan


C. PELAKSANAAN PROJEK

Pelan Tindakan

Bil.
Cadangan
Aktiviti
1.
Memendekkan Proses Penyediaan Perintah
Menyusun semula aliran proses kerja mengikut keperluan.
2.

Penyediaan Format Perintah Pembubaran Perkahwinan

Mengadakan perbincangan dengan unit ICT dalam merangkan Sistem E-Perintah

3.
Pelantikan Pegawai Yang Memantau Melakukan pemantauan proses penyediaan perintah

Sistem E-Perintah:

Sistem ini direkabentuk untuk mepercepatkan proses penyediaan perintah. Sistem ini merupakan aplikasi intranet dimana hanya dapat dicapai didalam rangkaian Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu sahaja. Seluruh Mahkamah Rendah Syariah di daerah Terengganu akan dapat mencapai sistem ini.

ANTARAMUKA UTAMA SISTEM E-PERINTAH


FORMAT PERINTAH YANG DIISI OLEH PEMBANTU HAKIM SEMASA HAKIM MEMBACA KEPUTUSAN PERINTAH


PERINTAH PEMBUBARAN PERKAHWINAN YANG TELAH SIAP DICETAK MELALUI SATU PROSES SAHAJA


Perbandingan Output Projek

Bil.
Proses Aliran Kerja
Tanggungjawab
Masa Sebelum Projek
Masa Selepas Projek
1.
Hakim membuat keputusan
Hakim 1 hari 5 minit
2.

Pembantu Hakim membuat semakan

Pembantu Hakim

2 hari

3 minit

3.
Edar kepada Jurutaip Pembantu Hakim 1 hari tiada lagi proses ini
4.
Taip Draf Perintah Jurutaip 4 hari tiada lagi proses ini
5.
Semakan Draf Perintah Penolong Pendaftar 1 hari 3 minit
6.
Edar kepada Hakim untuk tandatangan ringkas Pembantu Hakim 1 hari tiada lagi proses ini
7.
Edar kepada Jurutaip untuk taip perintah bersih Pembantu Hakim 3 hari tiada lagi proses ini
8.
Edar kepada Hakim untuk tandatangan perintah bersih Hakim 1 hari 1 minit
JUMLAH   14 hari 12 minit


Kesimpulan

1. Perintah mahkamah cepat diperolehi
2. Tuntutan lain akibat perceraian cepat difailkan
3. Memudahkan pelanggan berurusan dengan agensi lain
4. Beban kerja berkurangan.
5. Penghasilan kerja bermutu.
6. Pengurusan masa yang efisyen
7. Imej Jabatan meningkat
8. Masa, kos, tenaga kerja dapat dijimatkan
9. Cara kerja yang lebih bersistematik

Kembali Ke Menu