Menerima dan menyelesaikan kes-kes yang dibawa ke mahkamah syariah dengan adil dan saksama mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang.
"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada uli'l amri orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah atau berselisihan faham dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Al Quran dan Sunnah RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan elok pula kesudahannya."