Pencapaian Kumpulan KIK JKSTR

Tahniah diucapkan kepada pasukan Syariah World Class dari Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKSTR kerana telah memenangi Anugerah Emas ( Gold Award ) dalam International Conference on Quality 2014 - Tokyo yang diadakan pada 19-22 Oktober 2014, bertempat di Keio Plaza Hotel, Shinjuku, Tokyo.

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKSTR telah menyertai Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 anjuran MPC pada 14-17 Oktober 2012, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Pasukan KIK JKSTR dengan nama kumpulan Syariah World Class telah menerima anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam dan menerima Anugerah Emas (3 bintang). Tahniah diucapkan.

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah menyertai Konvensyen ICC Wilayah Utara, Anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC), pada 18-19 Julai 2012, bertempat di Hotel Equatorial, Pulau Pinang. Pasukan KIK JKSTR telah memenangi Anugerah Emas dalam Konvensyen tersebut. Nama kumpulan ialah Syariah World Class dan nama projek yang dipertandingkan ialah Non-Physical File & Digital Signature. Tahniah diucapkan.


Pasukan Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK) JKSTR telah memenangi Anugerah Emas bersempena Mini Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2012, anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah diadakan pada 8 Mei 2012 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. Nama kumpulan ialah Syariah World Class, manakala tajuk projek yang dipertandingkan ialah Non-Physical File & Digital Signature.

 

Kembali Ke Menu