Piagam Pelanggan JKSTR

Ditulis pada .

PIAGAM PELANGGAN

Asas perkhidmatan jabatan ini ialah memberi keadilan kepada pelanggan yang berteraskan kepada Hukum Syarak dan Undang-Undang. Jabatan membuat akujanji seperti berikut :

    1. Menetap tarikh sebutan/bicara/sulh kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes;
    2. Menyebut/membicarakan sesuatu kes Mal (bukan Faraid), Jenayah dan menjalankan sulh dalam masa 21 hari selepas didaftarkan;
    3. Membicarakan kes Mal (Faraid) dalam masa 7 hari selepas didaftarkan;
    4. Membicarakan dan menyelesaikan kes mal (Faraid), dalam tempoh 30 hari selepas kes didaftarkan;
    5. Mengeluarkan Sijil Faraid dalam tempoh 21 hari selepas dibuat pembahagian hak waris;
    6. Menyelesaikan kes-kes Mal (bukan Faraid) dan Jenayah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh penetapan perbicaraan kes ;
    7. Perintah bertulis bagi Kes Mal (bukan Faraid) dan kes Jenayah dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman ;
    8. Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu ;
    9. Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.