Visi, Misi, Objektif & Dasar Kualiti

Ditulis pada .

VISI

Memartabatkan Institusi Kehakiman Dan Perundangan Syariah Bertaraf Antarabangsa Menjelang 2023.

 

MISI

Melaksanakan Pengurusan Kehakiman Syariah Berlandaskan Hukum Syarak Dan Undang-Undang Secara Profesional Demi Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah Melalui Pendekatan Inovatif Dan Strategik.

 

OBJEKTIF

Untuk menyegerakan pengendalian kes-kes syariah dengan adil, teratur dan berkesan berasaskan undang-undang dan Perlembagaan selaras dengan Hukum Syarak, disamping mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dari aspek perundangan, pengurusan, penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam pentadbiran, serta menyediakan prasarana yang terbaik.

 

FUNGSI-FUNGSI UTAMA

Di  dalam  merealisasikan  objektif  jabatan  ini,  beberapa  fungsi  utama  telah ditetapkan iaitu:

i.Menerima,  mendengar  dan  memutuskan  kes-kes  yang  dibawa  ke Mahkamah Syariah mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang;

ii.Menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan hukum syarak dan undang-undang bertulis;

iii.Menerima, mendengar   dan   memutuskan   kes-kes   rayuan   syariah secara teratur dan berkesan;

iv.Menerima,  mendengar  dan  memutuskan  permohonan  pembahagian harta pusaka;

v.Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi.

 

DASAR KUALITI

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu komited untuk melaksanakan pengurusan kes-kes syariah secara profesional, berkesan dan sistematik berlandaskan Hukum Syarak dan Undang-Undang. Perlaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakiman syariah yang berwibawa.