Bahagian Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Bahagian ini diletakkan di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran jabatan.Objektif bahagian ini :-i.Memberi khidmat sokongan yang berkesan kepada bahagian-bahagian lain untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.ii.Melahirkan satu sistem pengurusan pentadbiran dan kewangan yang bersih, cekap dan produktif.iv.Melahirkan kepimpinan pengurusan yang bersesuaian dengan kehendak Islam.
Fungsi bahagian ini :-
i.Pengurusan dan penyelarasan perjalanan pentadbiran hal-hal am pejabat seperti penggunaan ruang pejabat, pengurusan fail, surat menyurat, pengangkutan, setor dan kenderaan.
ii.Pengurusan kewangan dan akaun seperti penyediaan anggaran belanjawan tahunan, gaji, elaun-elaun, projekpembangunan, pembelian barang-barang dan perkhidmatan, dan pembayaran tuntutan kewangan.
iii.Pengurusan sumber tenaga manusia termasuk mengenai perjawatan, perkhidmatan personel, latihan dan kursus, disiplin dan tatatertib.