Profil Y.A.A. Ketua Hakim Syarie

Ditulis pada .

 

PROFIL KETUA JABATAN

 

YANG AMAT ARIF

TUAN HAJI WAN MOHD ZAKRI BIN WAN MOHD.

SMT., AMZ.,PJK,

KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

 

PENGENALAN

Yang Amat Arif Tuan Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd dilahirkan di Kampung Merchang, Marang, Terengganu pada tahun 1966. Hasil perkahwinan beliau dengan Puan Suzila binti lsmail, pasangan ini dikurniakan 6 orang cahaya mata.

 

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

Beliau memperolehi pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Merchang, Marang Terengganu (1975-1980) sebelum menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu sehingga ke tingkatan 3. Beliau kemudiannya mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sehingga mendapat Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pada tahun 1990, beliau menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berjaya memperolehi ljazah Sarjana Muda Pengajian lslam (Syariah Dan Undang-Undang [Qanun]) dengan Kepujian. Setelah itu, beliau meneruskan pengajian di Universiti lslam Antarabangsa Malaysia (UlAM) dan memperolehi Diploma in Law and Administration of lslamic Judiciary pada tahun 1992. Hasrat beliau meneruskan pengajian tidak pernah padam sehinggalah beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dan memiliki ljazah Sarjana (Master of Law Executivex (LLM) dari Universiti lslam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2010.

Selain itu, beliau juga telah berjaya menamatkan kursus-kursus yang melayakkan beliau dianugerahkan sijil-sijil seperti Certificate of Comparative Study in The Field of Law, Shariah, Innovative Judicial Methods and Case Management dari National Centre For Judicial Studies (NCJS), Ministry of Justice, Cairo (12 Oktober 2008-6 Januari 2009), Certificate of Mediation daripada The Accord Group of Australia (Jun 2009), Certificate of Law And Judiciary dari Universiti Mahmoud Al Soud Riyadh, Arab Saudi, dan Certificate of Mediation (Advanced) New Zealand (2014).

 

LATAR BELAKANG KERJAYA

Yang Amat Arif Tuan Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 3 Januari 1993 sebagai Pegawai Syariah dan dilantik sebagai Pendaftar Mahkamah-Mahkamah Syariah Terengganu. Pada tahun 1995, beliau menerima tauliah sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Terengganu dan di tugaskan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut dan Setiu. Pada tahun 1997, beliau telah ditukarkan ke Daerah Dungun sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Dungun dan Kemaman. Lebih kurang 4 tahun kemudian, beliau ditauliahkan sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan bertugas di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Dalam tahun 2003, telah diarah bertukar ke Daerah Marang sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang. Bermula tahun 2007 sehingga 2011, beliau telah ditugaskan pula sebagai Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan ditauliahkan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu. Pada 1 Mac 2012, beliau telah dilantik dan ditauliah sebagai Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. Genap setahun kemudian iaitu bermula 1 Mac 2013, beliau memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu sehingga kini.

 

PENGURNIAAN ANUGERAH DARJAH KEBESARAN / BINTANG

Perkhidmatan cemerlang Yang Amat Arif Tuan Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd dalam institusi kehakiman Syariah di Malaysia diiktiraf apabila beliau telah dianugerahkan darjah kebesaran dan bintang daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu seperti Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati [Setia Mahkota Terengganu (S.M.T)], Pingat Ahli Mangku Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (AMZ), dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK). Beliau juga telah beberapa kali mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan pernah dinobatkan sebagai Alumni Terbilang (Sektor Perkhidmatan Awam) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia sempena Konvokesyen UKM 2015.

 

SUMBANGAN KEPADA NEGARA / NEGERI / MASYARAKAT DAN LAIN-LAIN

Yang Amat Arif Tuan Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd merupakan salah seorang panel Hakim Rayuan Syarie di Mahkamah Rayuan Syariah yang ditauliahkan di Negeri Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang. Beliau juga pernah / sedang memegang beberapa jawatan penting, antaranya:

 

  1. Ahli Jawatakuasa Komuniti Syariah, Jabatan Peguam Negara Malaysia.
  2. Exco Persatuan Pegawai Syariah SeMalaysia.
  3. Ahli Jawatankuasa Persatuan lbubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar, Dungun, Terengganu.
  4. Ahli seumur hidup Persatuan Pegawai Syariah SeMalaysia.
  5. Pengerusi Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah Terengganu.
  6. Pengerusi Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mal Mahkamah Syariah Terengganu.
  7. Pembentang kertas kerja jemputan di Sunway Universiti, Subang Jaya, Selangor.
  8. Penceramah kerjaya kepada pelajar-pelajar anak Terengganu di Mesir.
  9. Ahli Jawatankuasa program "Summer Camp" bagi pelajar-pelajar jurusan Syariah University Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Moroco)
  10. Ahli Jawatankuasa Teknikal Pindaan Undang-undang dan Enakmen Tatacara Mal, Jabatan Peguam Negara Malaysia.
  11. "Coach" dalam Kursus Mediasi lantikan The Accord Group, Australia.
  12. Ahli Jawatakuasa Penilaian dan Penapisan Kes bagi Jurnal Hukum, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
  13. Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
  14. Ahli Jawatankuasa Peguam Syarie, Majlis Agama lslam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
  15. Pakar Rujuk Syariah di dalam Program Zamalah Latihan Hak Asasi Manusia di The Hague, Belanda dan Geneva Switzerland.
  16. Ahli Kluster Latihan Hakim Dan Pegawai Syariah daripada JAKIM.