Muat Turun Panduan Notis Permohonan, Afidavit, Pernyataan Tuntutan (Kes Mal)

Ditulis pada .

Muat Turun Panduan Penyediaan MS 3 (Notis Permohonan) dan MS 26 (Afidavit) dan Pernyataan Tuntutan (MS 2).

Bagi mempercepatkan proses pendaftaran kes, pelanggan boleh mendapatkan contoh panduan penyediaan MS 3 (Notis Permohonan)  dan MS 26 (Afidavit) sebagaimana yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan prosedur pendaftaran kes Mal boleh diperolehi di Kaunter Setempat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Aras 1, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Para pelanggan bolehlah memuat turun contoh di dalam segmen ini untuk dijadikan panduan umum memulakan kes Mal di Mahkamah Syariah dan penyediaan ini hanyalah sebagai panduan untuk memudahkan pelanggan.

 

Terdapat 2 jenis pendaftaran kes Mal yang boleh dimulakan di Mahkamah Syariah iaitu :

1. Tuntutan

2. Permohonan

Tuntutan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Saman dan Pernyataan Tuntutan (MS 2)

Permohonan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Notis Permohonan (MS 3) berserta Afidavit Sokongan (MS 26).

Seksyen 3 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu 2001 memperuntukkan tafsiran "Borang"- 

"borang" ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu".

 

PANDUAN PENYEDIAAN NOTIS PERMOHONAN DAN AFIDAVIT SOKONGAN / PERNYATAAN TUNTUTAN MENGIKUT JENIS KES (JADUAL KETIGA) 

 

PEMBUBARAN PERKAHWINAN :
 
 
 
 
 
 
 
 
 
TUNTUTAN NAFKAH : 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PERKAHWINAN :
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN / HIBAH / WASIAT :
 
 
 
 
 
 
 
 
FARAID : 
 
 
 
 
 
TUNTUTAN HAK JAGAAN ANAK : 
 
 
 
 
LAIN-LAIN KES :
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PENYATA PEMBELAAN :
 
 
 
 BORANG :
 
 
 
 
Perhatian :

Kritria/tatacara permohonan penangguhan bagi kes Mal sahaja :

 1.    Permohonan tangguhan hendaklah secara bertulis;

2.    Melampirkan dokumen sokongan (jika  perlu);

3.    Bilangan kekerapan/kelulusan tangguhan tertakluk kepada budi bicara Hakim;

4.    Alasan tangguhan hendaklah munasabah dan boleh diterima oleh Hakim;

 *    Ketidakhadiran tanpa makluman sebanyak dua (2) kali berturut-turut Mahkamah boleh membuang kes tersebut.