•  
     
     
  •  
  •  
     
     
  •  
  •  
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
  •  
     
     
     
  •  
     
     
     
  •  
     
     
  •  
     
     
     
     
  •  
     
     
  •  
     
  •  
     

Pengumuman/Berita Terkini:

Pemberhentian sementara bagi operasi Pendaftaran Kes, Sebutan Kes dan Perbicaraan Kes pada 18 - 31 Mac 2020.

Assalamualaikum,

Sukacita dimaklumkan susulan keputusan Kerajaan yang memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, pihak jabatan ini menetapkan arahan seperti berikut :

1. Semua Kaunter Pendaftaran Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu dihentikan operasi pendaftaran bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

2. Bagi kes-kes yang telah ditetapkan pendengaran pada tarikh tersebut hendaklah ditangguhkan bermula 2 Mei 2020.

3. Bagi kes-kes yang telah ditetapkan tarikh pendengaran kes bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 hendaklah berjalan seperti biasa. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa. 

Sekian, harap maklum.