Apa itu BookMYSULH?

Merupakan sebuah sistem pendaftaran kes Sulh secara online dengan pelanggan melengkapkan dokumen untuk pendaftaran dengan cara  Template Pleading (t-Pleading) dan membuat tempahan awal bagi tarikh pertemuan Majlis Sulh.

Cara-cara:

  1. Pelanggan dikehendaki melengkapkan maklumat atau butir-butir diri berhubung dengan kes yang dipohon/dituntut dengan mengisi ruangan kosong di bahagian t-Pleading.

  2. Setelah setiap dokumen yang diperlukan disempurnakan, pelanggan boleh memilih tarikh yang sesuai untuk pertemuan Majlis Sulh, tertakluk kepada kekosongan kes Sulh pada tarikh berkenaan.

  3. Pelanggan dikehendaki menjana dan mencetak Notis Permohonan/Afidavit dan dokumen berkaitan melalui sistem ini.

  4. Pada tarikh yang ditempah, pelanggan boleh datang ke Mahkamah dengan membawa semua dokumen yang telah lengkap dan dicetak untuk daftar masuk dan sesi pertemuan Majlis Sulh.