Kes Semakan Perceraian

loading
 
 
 

Diterbitkan pada 17 April 2011

ATAS KEHENDAKNYA SENDIRI  Ketua Hakim Syarie, bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, telah  memanggil untuk memeriksa Rekod  Perbicaraan dan Alasan Penghakiman yang telah dibuat oleh Hakim Bicara di dalam perkara permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006. DAN setelah membuat pemeriksaan ke atas Rekod Perbicaraan dan Alasan Penghakiman dalam Permohonan itu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN SEMAKAN SEPERTI BERIKUT:-

Semakan ke atas perkara permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Daerah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006 ini dilakukan atas kehendak saya sendiri. Kehendak saya sedemikian itu adalah lahir dari peristiwa pada  hari Rabu  6 Mei 2009, di dalam Kamar saya, yang mana saya terbaca satu salinan Laporan Perubatan ke atas Zakaria @ Supar bin Ali, K/P: 431104-11-5043, bertarikh 04 Januari 2007. Laporan Perubatan itu disediakan oleh Dr. Wan Munazri bin Wan Mustafa, Pegawai Perubatan, Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kandungan salinan Laporan Perubatan itu antara lain menyebut....


Komen Mengenai Kes Ini
 
All fields are mandatory!

Select your rating:           

 

characters left

Powered by Citricle

Kembali Ke Menu

Kes Mahkamah Syariah