Mahkamah Syariah

MAHKAMAH RAYUAN
  • Mengurus, mendengar, meneliti, menghalusi dan memutuskan kes-kes rayuan yang dibawa dari Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut peruntukan Hukum Syarak dan Undang -undang. Menjalankan semakan keatas rekod perbicaraan kes-kes jenayah Mahkamah Tinggi Syariah baik dalam bidangkuasa asalnya maupun dalam bidangkuasa rayuannya.

  • Melakukan semakan rekod mana-mana prosiding dalam perkara jenayah di Mahkamah Tinggi Syariah bagi maksud meyakinkannya bahawa keputusan prosiding itu adalah betul dan sah, dan membawa prosiding itu dijalankan mengikut peraturan Mahkamah.

  • Mewujudkan sistem Kehakiman Syariah secara teratur, profesional dan berkesan.
MAHKAMAH TINGGI
  • Menguruskan pentadbiran perkhidmatan dan pembangunan Mahkamah Rayuan Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah keseluruhannya.
  • Menerima kes yang dibawa ke mahkamah ini sama ada kes-kes mal maupun jenayah dan faraid, dan menguruskannya.
  • Mendengar dan menyelesaikan kes-kes mula bicara yang dibawa ke mahkamah ini dengan adil dan saksama mengikut peruntukan yang diberi dalam Hukum Syarak dan undang-undang.
  • Menjalankan semakan ke atas rekod perbicaraan kes-kes jenayah Mahkamah Rendah Syariah Daerah-Daerah.
  • Mendengar, meneliti, menghalusi dan memutuskan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah.
MAHKAMAH RENDAH

Pada hari ini terdapat 7 Mahkamah Rendah Syariah di Terengganu, iaitu mengikut daerah-daerah yang ada. Tiap-tiap Mahkamah berkenaan mempunyai fungsi yang sama cuma mengikut daerah masing-masing dan adalah seperti berikut:

  • Menerima kes yang dibawa ke mahkamah ini sama ada kes-kes mal, jenayah dan faraid dan menguruskannya.
  • Mendengar dan menyelesaikan kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini dengan adil dan saksama mengikut peruntukan yang diberikan dalam Hukum Syarak dan Undang-undang.
  • Pengendalian Mahkamah Rendah Syariah di daerah-daerah.
  • Menerima tuntutan / permohonan / dakwaan daripada mana-mana orang.
  • Mendaftar dan mengkategorikan kes.
  • Membicarakan kes.
  • Membuat keputusan hukuman dan perintah.
  • Melaksanakan hukuman dan mana-mana perintah yang berkaitan.