Permohonan Perkahwinan Melalui Mahkamah

 

Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dipohon melalui Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana tempat bakal isteri itu bermastautin.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu di rujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin. Kes - kes tersebut ialah:

mohon2


PROSEDUR PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat pemohon itu bermastautin (bagi kes Mahkamah Rendah Syariah) manakala bagi kes Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ianya boleh didaftarkan di seluruh kaunter Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah atau di Kaunter Setempat JKSTR. Dokumen-dokumen yang di perlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut :

(a) Notis Permohonan; (2 salinan)
(b) Afidavit Sokongan; (2 salinan)
(c) Eksibit-eksibit seperti salinan kad pengenalan, Sijil Memeluk Islam, Borang Perkahwinan Bagi Perempuan, Borang Perkahwinan Bagi Lelaki dan lain-lain dokumen yang berkaitan; (1 salinan setiap eksibit)
(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah; (1 salinan)
(e) Fi yang secukupnya;
(f) Wakalah Peguam Syarie; (bagi yang menggunakan khidmat Peguam Syarie)
(g) Perakuan Segera; (bagi kes yang perlu)