Panduan Pelanggan

Segmen ini menyediakan kemudahan kepada para pelanggan yang dihormati untuk dijadikan panduan dalam memahami perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

Mudah-mudahan melalui segmen ini, para pelanggan akan lebih mengenali dan memahami prosedur, sistem dan banyak lagi perkara yang berkaitan.

Lebih banyak panduan untuk kemudahan pelanggan sekalian akan dimuatkan dalam segmen ini dari semasa ke semasa.

Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah

Mengandungi maklumat berkenaan Perkhidmatan seperti :
1) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh)(Terengganu) 2014
2) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi)(Terengganu) 2014
3) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kos dan Elaun)(Terengganu) 2014

Undang-Undang & Enakmen

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu menjalankan fungsi-fungsi utamanya berbekalkan kuasa yang diberi oleh beberapa undang-undang.

Senarai Peguam Syarie

Berikut adalah senarai firma dan tetuan Peguam Syarie untuk panduan pelanggan.

Peraturan Ketika Berada Di Dewan Bicara

Para pelanggan yang ingin turut serta dalam dewan bicara ketika perbicaraan sedang berlangsung haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Tertib Wali

Salah satu syarat sah nikah adalah mestilah mempunyai wali. Berikut disenaraikan tertib wali bagi memudahkan pelanggan yang ingin berkahwin membuat persediaan sebelum upacara pernikahan dijalankan.

Pendaftaran Kes Mal

Apakah Pendaftaran Kes Mal? Berikut adalah penerangan mengenainya.

Prosedur Pendaftaran Kes Mal

Penerangan berkenaan prosedur pendaftaran kes mal diharapkan dapat membantu pelanggan yang dihormati untuk membuat pendaftaran. Pendaftaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya prosedur yang kami sediakan difahami dan dipatuhi pelanggan.

Permohonan Perkahwinan Melalui Mahkamah

Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dipohon melalui Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana tempat bakal isteri itu bermastautin.

Perceraian (Pembubaran Perkahwinan)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Semurka-muka Allah benda yang halal ialah talaq"

-Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim

Hak Suami & Isteri (Membuat Tuntutan Dalam Tempoh Perkahwinan)

Suami dan Isteri masih mempunyai hak untuk membuat tuntutan ketika masih dalam tempoh perkahwinan.

Hak Suami & Isteri (Membuat Tuntutan Selepas Perceraian)

Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung di antara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syarak.

Borang-Borang Kes Mal

Muat Turun borang-borang di sini.

Garis Panduan Penempatan Pelajar Latihan Industri / Melaksanakan Penyelidikan di JKSTR

Lihat Garis Panduan.

Pelaksanaan Perintah

Menerangkan prosedur-prosedur berkenaan Pelaksanaan Perintah Mahkamah.

i) Penguatkuasaan Penghakiman Untuk Melakukan Sesuatu Perbuatan (jika penghutang penghakiman enggan/abai)

                             ii) Penguatkuasaan Penghakiman Untuk Menahan Diri Dari Melakukan
                             Sesuatu Perbuatan (jika penghutang penghakiman mengingkari)

                             iii) Perlaksanaan Penghakiman Bagi Pembayaran Wang.