Portal E-Syariah

E-Syariah adalah sebuah sistem pengurusan kes syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia bermula dari Pendaftaran Kes sehingga Penutupan Kes. Sistem ini dihubungkan dengan Portal E-Syariah untuk kemudahan orang awam. Portal ini boleh dicapai melalui pautan http://www.esyariah.gov.my/

 

Perkhidmatan Portal E-Syariah

PENGENALAN :

E-Syariah ialah sebuah projek Kerajaan Elektronik ketujuh di bawah Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC). Ia merupakan satu sistem pengurusan kes yang bersepadu yang mengintegrasikan semua proses terlibat dalam pengendalian kes-kes Mahkamah Syariah.

Dengan terbinanya E-Syariah, maka wujudlah satu rangkaian elektronik yang menghubungkaitkan semua Mahkamah Syariah di seluruh negara dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta agensi-agensi yang berkaitan bagi tujuan penyelarasan dan perkongsian maklumat. Dilancarkan pada pertengahan tahun 2002, projek ini dibuat secara berperingkat dan dijangka akan selesai pada tahun 2005.

OBJEKTIF :

  1. Menyediakan kemudahan melalui internet untuk menyebarkan maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh mahkamah syariah.
  2. Maklumat secara online mengenai undang-undang, prosedur memfailkan kes dan borang-borang.
  3. Merangkai (hyperlink) ke laman web mahkamah-mahkamah syariah dan agensi dalam dan luar negara.
  4. Kemudahan interaktif kepada orang awam.


PENGGUNA PORTAL :

Terdapat tiga jenis akses pengguna di dalam Portal E-Syariah.

  1. Pelawat – pengguna biasa yang tidak berdaftar dengan Portal E-Syariah
  2. Ahli – pengguna yang telah berdaftar dengan Poral E-Syariah sebagai ahli biasa
  3. Peguam – pengguna yang telah berdaftar dengan Portal E-Syariah dan menyatakan sendiri sebagai Peguam Syarie


FAEDAH-FAEDAH SEBAGAI AHLI PORTAL :

Sebagai ahli portal, anda akan menikmati perkhidmatan berikut secara percuma :

  • Pra-pendaftaran Dalam Talian
  • Langganan Surat Berita E-Syariah
  • Penyemakan Status Kes Syariah Dalam Talian
  • Ahli yang berdaftar sebagai Peguam Syarie boleh menyemak status kes klien di seluruh negeri

Carta Aliran Pra-Pendaftaran Dalam Talian

Akan dimuatkan

Pendaftaran Keahlian Dalam Talian

Akan dimuatkan

Semakan Status Kes Dalam Talian

Akan dimuatkan