Prosedur Pendaftaran Kes Mal

Penerangan berkenaan prosedur pendaftaran kes mal diharapkan dapat membantu pelanggan yang dihormati untuk membuat pendaftaran. Pendaftaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya prosedur yang kami sediakan difahami dan dipatuhi pelanggan.

 

Setiap pendaftaran kes hendaklah diserahkan sendiri oleh pemohon atau wakilnya kepada Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Penolong Pendaftar.

  • Tiap-tiap dokumen pendaftaran kes hendaklah dikemukakan dalam 4 salinan.
  • Pendaftaran kes permohonan hendaklah disertakan :

    (a) Notis Permohonan
    (b) Afidavit sokongan
    (c) Eksibit-eksibit (jika berkaitan, contohnya salinan sijil nikah, sijil lahir dan lain-lain)
    (d) Fi secukupnya
    (e) Wakalah Peguam Syarie bagi menggunakan khidmat peguam syarie
    (f) Surat rujukan daripada Pendaftar Nikah Daerah kepada Hakim Syarie bagi permohonan wali am, perkahwinan bawah umur dan pengesahan janda berhias.

  • Pendaftaran Kes Tuntutan hendaklah disertakan :

    (a) Saman
    (b) Penyata tuntutan
    (c) Ikatan dokumen (jika berkaitan)
    (d) Wang pendaftaran secukupnya
    (e) Wakalah peguam syarie yang menggunakan khidmat peguam syarie

  • Pendaftaran yang lengkap dan mengikut undang-undang sahaja yang akan diterima.

  • Syarat-syarat Pelanggan Boleh Mendaftarkan Kes Ialah:

    Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin. 

     

    CARTA ALIR :

    Nota

    Pendaftaran kes boleh dibuat sendiri oleh pemohon atau melalui khidmat peguam syarie bagi yang berkemampuan atau bagi yang berpendapatan rendah melalui Jabatan Bantuan Guaman