Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK)

SEKSYEN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU
(BSK JKSTR)

Latarbelakang & Sejarah Penubuhan


Idea asal penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga atau singkatannya BSK ini adalah terhasil daripada faktor peningkatan masalah pelaksanaan pembayaran perintah nafkah yang semakin meningkat saban tahun di Malaysia. Masyarakatawam termasuk PertubuhanBadanBukanKerajaan (NGO) mendesak supaya tindakan yang lebih proaktif dan efektif dilaksanakan keatas para bapa/suami yang ingkar dari pada mematuhi perintah mahkamah untuk melaksanakan pembayaran nafkah terutamanya Nafkah Anak.


Keputusan penubuhan BSK ini telah dibuat  pada 7 Jun 2007 di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-46 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab merealisasikannya.
Cadangan untu kmewujudkan BSK pada 2007 tersebut juga dilihat sebagai satu langkah yang amat bijak dan tepat pada masanya, bagi membantu mengatasi masalah berhubung dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan Perintah Nafkah.


Sebenarnya, masalah berkenaan nafkah ini juga dihadapi dan diambil berat oleh masyarakat antarabangsa, dan di sesetengah negara luar, agensi ata ubadan khas telah ditubuhkan dengan peranan untuk memastika pelaksanaan perintah berjalan denga teratur mengikut jadual yang ditetapkan. Di Australia sebagai contoh, sebuah agensi khas yang dinamakan 'Child Support Agency (CSA)' telah ditubuhkan bagi menyediaka nperkhidmatan untuk mendapatkan hak saraan dan nafkah kepada kanak-kanak, dan hari ini, seluruh dunia mengenali CSA ini, dan CSA ini juga menjadi perintis kepada dunia berkenaan keperihatinan permasalahan nafkah ini.


BSK telah ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 dan dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM Putrajaya. Dalam majlis perasmian tersebut, BSK telah menerima sumbangan dana kewangan yang pertama sebanyak RM500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ,dan bagi merealisasikan tujuan penubuhannya, pada bulan April 2009, BSK pusat di JKSM telah menghantar pegawai dan kakitangan ke setiap negeri di seluruh negara termasuk ke Negeri Terengganu. Pada peringkat awal, seramai 5 orang kakitangan BSK telah ditempatkan di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) yang terdiri daripada 1 Pegawai Syariah Gred LS41, 2 Penolong Pegawai Syariah Gred LS27, 1 Pembantu Syariah Gred LS17, dan 1 Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.


Terkini, mulai pada Januari 2012, seorang Pegawai Syariah LS44 telah ditempatkan di BSK JKSTR untuk mengetuai BSK JKSTR.

Fungsi Dan Peranan BSK JKSTR


Pada menjalankan tugas dengan berkesan dan teratur, BSK JKSTR mempunyai 3 unit yang menjalankan tugas dan proses kerja yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu:-

  1. Unit Khidmat Nasihat Perundangan (UKNP)

         i) Bertanggungjawab membuat pemantauan ke atas pematuhan perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah             Syariah di Terengganu melalui panggilan hadir temusiasat ke BSK;

         ii) Memberikan khidmat nasihat perundangan kepada pelanggan BSK yang ingin mengetahui dengan lebih  lanjut               berkenaan hak-hak dan tuntutan yang boleh dibuat apabila sesuatu perintah nafkah yang dikeluarkan oleh               Mahkamah Syariah tidak dipatuhi oleh bapa/suami;

        iii) Mengendalikan sesi rundingcara(perbincangan) di antara pihak-pihak setelah aduan tunggakan dibuat oleh              anak/isteri kepada BSK bagi mencari penyelesaian secara baik ke atas aduan tunggakan  tersebut.

           2. Unit Pengurusan Dana (UPD)

i) Bertangggungjawab mengurus permohonan dana dari Pemohon yang berdaftar dengan BSK JKSTR dan berkelayakan memohon. Setakat ini, ada 2 jenis dana yang ditawarkan oleh BSK JKSTR iaitu:-

           a) Dana Pendahuluan Nafkah yang dibayar kepada penerima melalui wang dana dari Kumpulan Wang Amanah                 Sokongan Keluarga (KWASK) BSK JKSM (dana ini perlu dibayar balik oleh penerima); dan

            b) Bantuan Pendahuluan Nafkah yang dibayar kepada penerima melalui wang Dana Zakat yang disumbangkan                  oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM);

ii) Mencadangkan bayaran pendahuluan nafkah bagi pemohon-pemohon yang layak untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah BSK JKSTR atau KWASK;

iii) Membuat bayaran pendahuluan nafkah dalam tempoh kepada penerima dana yang telah diluluskan permohonannya selama tempoh enam bulan bagi Dana Pendahuluan Nafkah, dan bayaran secara sekaligus bagi penerima Bantuan Pendahuluan Nafkah dibayar secara sekaligus ke dalam akaun penerima;

iv) Mencadangkan nama-nama penerima dana yang berkelayakan untuk dilanjutkan tempoh penerimaan dana nafkah BSK;

v) Membuat kutipan balik Dana Pendahuluan Nafkah yang telah diterima oleh Penerima setelah prosiding kes penguatkuasaan selesai di Mahkamah.

    3. Unit Penguatkuasaan & Pelaksanaan Perintah  (UPPP)

    i) Menentukan jenis tindakan penguatkuasaan danpelaksanaan perintah dalam salah satu bentuk tindakan seperti Saman Penghutang Penghakiman, Notis Tunjuk Sebab/Komital, Penyitaan Dan Penjualan, Penyitaan Dan Penghantar serahan HartaAlih, dan Hiwalah;

    ii) Bertindak sebagai Peguam Syarie dan mewakili anakguam (anak/isteri) dalam prosiding penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Terengganu.

CARTA ORGANISASI BSK JKSTR

cartabsk2016

unitbsk

unitbsk2



Maklumat EZY Nafkah (Sila Klik)

Kembali Ke Menu

Kes Mahkamah Syariah