Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS)

Untuk makluman, hanya pengguna sah yang mempunyai Sijil Digital ( Softcert ) sahaja yang dapat mengakses Sistem SPKMS.
Pautan ke SPKMS ialah https://www.terengganu.esyariah.gov.my/esyariah/trg/spkmsv2/negeri.nsf/personal?openform

PENGENALAN :

Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah versi 2 (SPKMS V2) ini merupakan kesinambungan daripada SPKMS versi pertama. Fungsi-fungsi bagi SPKMS V2 ini telah dipertingkatkan seperti berikut:

1. Pendaftaran kes jarak jauh di mana orang awam boleh mendaftar kes dari mana-mana mahkamah syariah daerah yang berada di dalam negeri berkenaan.
2. Apabila suatu kes baru didaftar, sistem membolehkan pengguna untuk mengesan profil peribadi individu yang pernah mendaftar kes di mana-mana mahkamah syariah sebelum ini. Ini bertujuan untuk mengelak kemasukan data dua kali ke dalam sistem. Pengguna boleh membuat carian berdasarkan kad pengenalan terhadap pelanggan mahkamah yang pernah mendaftar kes sebelum ini.
3. Peringatan dan mesej amaran dihantar kepada pendaftar dan hakim sekiranya terdapat kes yang masih belum selesai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Sistem boleh mengagihkan kes secara automatik kepada para hakim untuk mengimbangi bebanan tugas.
5. Sistem dilengkapkan dengan fungsi pengesanan fail yang mengandungi maklumat-maklumat seperti nombor kes, lokasi dan peminjam. Fungsi ini bertujuan untuk meminimumkan kehilangan fail kes dan membantu pegawai mahkamah mengesan fail-fail dengan lebih cepat dan berkesan.
6. Sistem akan disertakan dengan Modul Sistem Kutipan di mana ia menyediakan fungsi penyediaan resit secara dalam talian untuk membantu proses pengutipan bayaran dan fi mahkamah seperti denda, deposit dan bayaran pendaftaran kes. Walau bagaimanapun, apabila talian sistem terganggu, Sistem Kutipan Luar Talian disediakan untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti di atas.
7. Aspek keselamatan sistem juga telah dipertingkatkan. Hanya pegawai yang layak dan diberi kebenaran sahaja berhak untuk mengakses maklumat kes yang sulit. Fungsi Audit trail disediakan untuk mengesan penggunaan sistem termasuk akses baca, ubahsuai dan padam kes.

SPKMS V2 juga telah dihubungkaitkan dengan agensi-agensi kerajaan lain melalui modul System Links untuk penyeragaman maklumat. Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan System Links adalah seperti berikut:

1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),
2. Polis Diraja Malaysia (PDRM),
3. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),
4. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

System Links antara Mahkamah Syariah dan agensi-agensi kerajaan mewujudkan hubungan penyeragaman maklumat secara sehala dan dua hala untuk meningkatkan prestasi kerja antara agensi-agensi tersebut.