...


Visi, Misi & Objektif

VISI

Menjadikan Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa.

MISI

Melaksanakan pengurusan kes-kes syariah secara professional, berkesan dan sistematik berasaskan Hukum Syarak dan Undang-Undang.

OBJEKTIF KUALITI

Objektif Kualiti Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu adalah seperti berikut :

i. 100% kes yang telah didaftarkan dapat ditetapkan tarikh pendengarannya kepada pihak-pihak.

ii. 100% kes Mal (bukan Faraid), Jenayah dan Sulh yang telah didaftarkan dapat didengar / dijalankan dalam masa 21 hari selepas ianya didaftarkan.

iii. 100% ke Mal (Faraid) yang telah didaftarkan dapat didengar dalam masa 7 hari selepas ianya didaftarkan. 

iv. Sekurang-kurangnya 85% kes Mal (bukan Faraid) dan Jenayah daripada kes yang didaftarkan dapat diselesaikan dalam masa 6 bulan dari tarikh didaftarkan.

v. Sekurangnya-kurangnya 90% kes Mal (Faraid) daripada kes yang didaftarkan dapat diselesaikan dalam masa 30 hari dari tarikh didaftarkan.

vi. Sekurang-kurangnya 80% kes rayuan dapat didengar dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu.

vii . Sekurang-kurangnya 90% daripada kes sulh yang didaftarkan dapat diselesaikan dalam masa 90 hari dari tarikh dirujuk ke majlis sulh.

viii. Memastikan Bahagian Sokongan Keluarga mengendalikan proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah yang melibatkan perintah nafkah anak, nafkah 'iddah, nafkah isteri dan Mut'ah diambil tindakan sebagaimana berikut :

           a. Sebanyak 100% aduan yang berasas ke Bahagian Sokongan Keluarga akan ditetapkan tarikh rundingcara dalam                 tempoh 21 hari daripada aduan diterima.

           b. Sebanyak 85% kes Khidmat Nasihat Perundangan melalui proses Rundingcara diselesaikan dalam tempoh 90 hari                 kes didaftarkan.

           c. Sebanyak 30% kutipan balik Dana Pendahuluan Nafkah dikutip daripada jumlah keseluruhan Dana yang telah                 dibayar oleh penerima.

ix. 100% aduan pelanggan yang diterima akan disiasat dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.

x. Melahirkan kakitangan yang berkualiti dan berkemahiran bagi memantapkan pengurusan personel dan pentadbiran dengan memastikan semua kakitangan dapat mengikuti kursus, bengkel, seminar sekurang-kurangnya 8 hari setahun.

xi. Memastikan baucer-baucer bayaran diproses tidak melebihi tempoh 14 hari.

Untuk menyegerakan pengendalian kes-kes syariah dengan adil, teratur dan berkesan berasaskan undang-undang dan Perlembagaan selaras dengan Hukum Syarak, disamping mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dari aspek perundangan, pengurusan, penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam pentadbiran, serta menyediakan prasarana yang terbaik.

 

 


 

 

 

 


...
Malaysia
...
JKSM
...
MAMPU
...
JPA
...
SUK Terengganu
...
JKSN Johor
...
JKSN Pulau Pinang
...
JKSN Kedah
...
JKSN SELANGOR
...
JKSN PERLIS
...
JKSN Perak
...
HRMIS