Visi, Misi , Objektif, Piagam Pelanggan

VISI

Menjadi Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa.

MISI

Melaksanakan pembicaraan, pengurusan Mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara professional, berkesan dan sistematik berasaskan Hukum Syarak dan Undang-undang.

OBJEKTIF

Untuk menyegerakan pengendalian kes-kes syariah dengan adil, teratur dan berkesan berasaskan undang-undang dan Perlembagaan selaras dengan Hukum Syarak, disamping mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dari aspek perundangan, pengurusan, penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam pentadbiran, serta menyediakan prasarana yang terbaik.

PIAGAM PELANGGAN

Asas perkhidmatan jabatan ini ialah memberi keadilan kepada pelanggan yang berteraskan kepada Hukum Syarak dan Undang-Undang. Jabatan membuat akujanji seperti berikut :

    1. Menetap tarikh sebutan/bicara/sulh kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes;
    2. Menyebut/membicarakan sesuatu kes mal dan jenayah dalam masa 21 hari selepas didaftarkan;
    3. Mengeluarkan Sijil Faraid dalam tempoh 21 hari selepas dibuat pembahagian hak waris.
    4. Menyebut/membicarakan sekurang-kurangnya 80% daripada kes mal dan kes jenayah yang telah didaftarkan dalam setahun;
    5. Keputusan bertulis akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibuat bagi kes mal dan kes jenayah dalam tempoh 30 hari ;
    6. Penghakiman akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas penggulungan hujah;
    7. Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima;
    8. Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu.