Tertib Wali

Salah satu syarat sah nikah adalah mestilah mempunyai wali. Berikut disenaraikan tertib wali bagi memudahkan pelanggan yang ingin berkahwin membuat persediaan sebelum upacara pernikahan dijalankan.

 

TERTIB WALI NIKAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :

  1. Bapa
  2. Datuk (sebelah bapa )
  3. Saudara seibu sebapa
  4. Saudara sebapa
  5. Anak saudara seibu sebapa
  6. Anak saudara sebapa
  7. Bapa saudara seibu sebapa
  8. Bapa saudara sebapa
  9. Sepupu seibu sebapa
  10. Sepupu sebapa
  11. Anak sepupu seibu sebapa
  12. Anak sepupu sebapa
  13. Bapa sepupu seibu sebapa
  14. Bapa sepupu sebapa

Wali boleh berpindah kepada tertibnya kerana :

  1. Gila yang disahkan;
  2. Kecil dan belum baligh.