User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive

Assalamualaikum W.B.T Dan Salam Sejahtera.

🔵JEMPUTAN KE SEMINAR ANTARABANGSA PERUNDANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT KONTEMPORARI 2024 || ISLAC 2024🔵

Era kontemporari penuh dengan cabaran dan perubahan, terdapat isu kompleks yang perlu kepada pemerkasaan perundangan Islam bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin maju dan kompleks.

Justeru, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA dengan kerjasama JKSTR, MAIDAM, USIM, dan UIN Antasari Banjarmasin akan menganjur Seminar Antarabangsa Perundangan Islam dalam Masyarakat Kontemporari 2024 sebagai platform kepada ahli akademik, sarjana Islam dan pemegang taruh dalam pelbagai bidang untuk mencari solusi dan memberikan panduan kepada masyarakat Islam mengaplikasi hukum syariah ke arah penghayatan nilai insan dalam era kontemporari  bertemakan: “Memperkasa Perundangan Islam Ke Arah Penghayatan Nilai Insan Dalam Masyarakat Kontemporari”

Ahli akademik, penyelidik, para pelajar dan masyarakat awam dipelawa untuk menyertai ISLAC2024 ini sebagai pembentang atau peserta. Kertas kerja boleh ditulis mengikut sub-tema berikut:

Perundangan Islam, Hukum Fiqh Kontemporari, Fatwa, Perubatan, Sosial, Ekonomi, Alam Sekitar, Politik Islam, Perusahaan, Kekeluargaan Islam, Indeks Syariah, Maqasid Syariah, dan Manuskrip Melayu.

# Kertas kerja akan diterbitkan dalam e-prosiding (tiada caj tambahan) atau jurnal Mycite/ ERA (dengan caj tambahan & persetujuan penulis).

📍 Maklumat Program:
🗓Tarikh : 05-06 Oktober 2024
📆Hari : Sabtu dan Ahad
⏰Masa : 8:30 pagi - 4:30 petang
🏢Tempat: Auditorium Blok Akademik, UniSZA

📍Yuran:
▪Pembentang Tempatan RM 300
▪Pembentang Antarabangsa USD 100
▪Pembentang Pelajar Tempatan RM 200
▪Pembentang Pelajar Antarabangsa USD 50
▪Peserta RM 100 / USD 33
▪Peserta Pelajar Prasiswazah RM50 / USD 17

* Bagi pembentang yang mendaftar awal 'early bird' sebelum 31 Ogos 2024 akan diberi potongan 10%.

🗓 Tarikh Penting:
📌-Tarikh penghantaran abstrak sehingga 15 Julai 2024.
📌-Penghantaran kertas kerja sehingga 20 September 2024.

Pendaftaran dan maklumat lanjut sila layari:
http://www.unisza.edu.my/islac2024/

Untuk pertanyaan sila hubungi:
+6 017-9281267/012-9588406

Jawatankuasa ISLAC2024 mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian yang diberikan 🌟🌟🌟🌟🌟

jksnt

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini

Hits Pengunjung

Today 3

Week 12

Month 55

All 34656

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu