25 Jun 2024 : Satu sesi temubual Y.A.A Dato' Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu bersama Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 25 Jun 2024 (Selasa) jam 9.30 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Tujuan utama sesi temubual ini adalah untuk Projek Kajian Penyelidikan berkaitan Pelaksanaan Hukuman Berbentuk Kompaun Bagi Kesalahan di Bawah Enakmen-Enakmen Negeri Sembilan. Antara yang hadir dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia ialah Prof. Dr. Nazura binti Abdul Manap, Dr. Mohamad Azhan bin Yahya dan Dr. Suhaizad bin Saifuddin. Turut hadir bersama dalam sesi temubual ini ialah Puan Nur Thuraiya Yumni binti Alias, Pengarah Bahagian Penyelidikan (Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu) dan Tuan Ahnaf bin Ahmad, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie (Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu).
Arkib
- Posted By Super User
- Berita Utama
- Hits: 2293