User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Nama Kumpulan : VISION QUEST

Nama Ahli kumpulan: 

1. Tuan Fikruldin bin Mohd (Ketua Kumpulan)
2. Encik Wan Azizi bin Wan Ali (Ahli)
3. Puan Rabiatul Adawiyah binti Ali Husin (Ahli)
4. Encik Amirul Fikri bin Mohd Zain (Ahli)
5. Encik Amran bin Rodi (Ahli)
6. Puan Nur Afieda binti Wahab (Ahli)
7. Puan Norhafizah binti Mohamad (Ahli)
8. Cik Norlaila binti Mustaffa (Ahli)
9. Puan Roshaniza binti Mohamad (Ahli)
10. Puan Nur Haslinda binti Mukhtar (Ahli)
 
 

Ringkasan/Pengenalan Projek

Kumpulan ini telah berjaya menghasilkan projek “Smart Order Submission”. Kumpulan ini telah melakukan “Business Process Reengineering” dalam pengurusan proses pengurusan perintah pembubaran perkahwinan bermula dari penyediaan perintah bertulis sehingga dihantar kepada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (KPPPR) dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPPR) secara maya.

Inovasi yang dilakukan adalah dengan mewujudkan sistem i-Post. Inovasi ini dapat mengatasi masalah tempoh masa pengurusan perintah pembubaran perkahwinan daripada 39 hari kepada 1 hari serta dapat mengurangkan proses kerja daripada 25 proses kepada 3 proses sahaja. Antara impak inovasi yang lain adalah penjimatan masa dan kos penghantaran perintah kerana perintah dapat dihantar melalui online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (KPPPR) dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (PPPR) termasuk di daerah-daerah lain seperti Marang, Dungun, Kemaman, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

 

Pencapaian dalam pertandingan

Seterusnya Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) melebarkan sayap ke  International Convention On Quality Control (ICQCC) 2015 pada 02 - 07 Oktober 2015 di Changwon Exhibition & Convention Center, Gyeongnam, Korea dan berjaya memperolehi Silver Illumination.

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan

Sebagai tindakan penyeragaman ISO, Pasukan Dokumentasi ISO 9001: 2008 Jabatan telah mengubah Prosedur Kerja dan diterima pakai seluruh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu iaitu Prosedur Pengurusan Penyediaan Perintah Bertulis Mahkamah bagi Kes Mal.

 

 

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 23

Week 398

Month 924

All 13689

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu