Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Nama Kumpulan : SYARIAH WORLD CLASS

Nama Ahli kumpulan : 

1. Tuan Haji Mohd Fakhruddin bin Yusof (Ketua Kumpulan)
2. Tuan Ahmad Fitri bin Mazlam (Ahli)
3. Puan Hafizah binti Tasani (Ahli)
4. Encik Abdul Rahman bin Abdullah (Ahli)
5. Encik Mat Rodzi bin Mohamad (Ahli)
6. Encik Shaharin bin Abu Bakar (Ahli)
7. Puan Nurul Ain binti Ambak (Ahli)
8. Encik Zuli Azizi bin Ali (Ahli)
9. Puan Norul Saadan binti Sulong (Ahli)

 

Ringkasan/Pengenalan Projek

Projek“E-WANTED ” merupakan projek yang telah berjaya dihasilkan oleh kumpulan Syariah World Class (SWC). Projek ini merupakan projek kedua kumpulan SWC. Projek ini telah dilaksanakan di seluruh Negeri Terengganu.   Projek ini merupakan projek kedua yang dihasilkan oleh kumpulan SWC. Inovasi yang dilakukan adalah untuk mempercepatkan proses pengeluaran waran tangkap sehingga menyebabkan Orang Kene Tuduh (OKT) tidak dapat ditangkap.Ekoran daripada kejayaan projek ini. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) telah menjadi benchmark  dan perintis kepada Jabatan Kehakiman Syariah di seluruh Malaysia dalam membudayakan inovasi.

Inovasi dibuat adalah lebih kepada waran tangkap yang mana Perintah Mahkamah yang memberi kuasa kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah dan semua Pegawai Penguatkuasa Syariah yang lain, dan mana-mana pegawai itu boleh laksanakan waran itu di mana bahagian di Negeri Terengganu. Ini kerana proses kerja pengurusan waran tangkap mengambil masa yang lama yang melibatkan 29 proses kerja dan mengambil masa 30 sehingga 123 hari. Masalah ini telah dikenalpasti berlaku Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu. Masalah ini berlaku bila terdapat permohonan waran tangkap oleh pihak-pihak terlibat.

 

Pencapaian dalam pertandingan

Kumpulan SWC telah memenangi tempat kedua (Naib Johan) bagi kategori Pengurusan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Terengganu Kali ke 26 Tahun 2014 pada tarikh 29-30 September 2014 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. Seterusnya Kumpulan SWC menyertai Mini Convention On Team Excellence Wilayah Pantai Timur pada tahun 2015 pada tarikh 18 Mac 2015 bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu, Terengganu dan telah memenangi Anugerah Emas.

 Seterusnya Kumpulan SWC juga meneruskan lagi dengan menyertai pertandingan di dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Timur Tahun 2015 pada tarikh 5-6 Ogos 2015 bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan Pahang. Kumpulan ini juga telah memenangi Anugerah Emas 3 bintang dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 pada tarikh 2-4 November 2015 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Kuala Lumpur. Pencapaian membanggakan Kumpulan SWC ini bila mana kumpulan ini buat kali kedua telah berjaya merangkul Gold Award dalam International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2016 yang diadaka pada 22 - 27 Ogos 2016 di The Centara Grand At Central Plaza Ladprao Bangkok Hotel, Thailand.

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan

Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman pelaksanaan E-Wanted tersebut yang ditandatangani oleh YAA KHS pada 27 Mei 2014 dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada bulan Juali 2014.

 

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 34

Week 409

Month 935

All 13700

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu