User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Borang-Borang

Muat Turun Panduan Penyediaan MS 3 (Notis Permohonan) dan MS 26 (Afidavit) dan Pernyataan Tuntutan (MS 2).

Bagi mempercepatkan proses pendaftaran kes, pelanggan boleh mendapatkan contoh panduan penyediaan MS 3 (Notis Permohonan)  dan MS 26 (Afidavit) sebagaimana yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan prosedur pendaftaran kes Mal boleh diperolehi di Kaunter Setempat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Aras 1, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Para pelanggan bolehlah memuat turun contoh di dalam segmen ini untuk dijadikan panduan umum memulakan kes Mal di Mahkamah Syariah dan penyediaan ini hanyalah sebagai panduan untuk memudahkan pelanggan.

 

Terdapat 2 jenis pendaftaran kes Mal yang boleh dimulakan di Mahkamah Syariah iaitu :

1. Tuntutan

Tuntutan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Saman dan Pernyataan Tuntutan (MS 2)

2. Permohonan

Permohonan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Notis Permohonan (MS 3) berserta Afidavit Sokongan (MS 26).

Seksyen 3 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu 2001 memperuntukkan tafsiran "Borang"- 

"borang" ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu".

 

PANDUAN PENYEDIAAN NOTIS PERMOHONAN DAN AFIDAVIT SOKONGAN / PERNYATAAN TUNTUTAN MENGIKUT JENIS KES (JADUAL KETIGA) 

1. PEMBUBARAN PERKAHWINAN

2. TUNTUTAN NAFKAH

3. PERKAHWINAN

4. TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN / HIBAH / WASIAT

5. FARAID

6. TUNTUTAN HAK JAGAAN ANAK 

7. LAIN-LAIN KES

 

PENYATA PEMBELAAN :
 
 
 BORANG :
 

Kritria/tatacara permohonan penangguhan bagi kes Mal sahaja :

 1.    Permohonan tangguhan hendaklah secara bertulis;

2.    Melampirkan dokumen sokongan (jika  perlu);

3.    Bilangan kekerapan/kelulusan tangguhan tertakluk kepada budi bicara Hakim;

4.    Alasan tangguhan hendaklah munasabah dan boleh diterima oleh Hakim;

 *    Ketidakhadiran tanpa makluman sebanyak dua (2) kali berturut-turut Mahkamah boleh membuang kes tersebut.

 

Muat Turun Contoh Notis Permohonan dan Afidavit (Kes Jenayah)

Perlaksanaan Penggantungan Pelaksanaan Perintah

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 23

Week 398

Month 924

All 13689

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu