User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

Nama Kumpulan : SYARIAH WORLC CLASS

Nama Ahli kumpulan :

1.  Tuan Ahmad Fitri bin Mazlam (Ketua Kumpulan)
2. Tuan Haji Mohd Fakhruddin bin Yusof (Ahli)
3. Puan Hafizah binti Tasani (Ahli)
4. Encik Abdul Rahman bin Abdullah (Ahli)
5. Encik Mat Rodzi bin Mohamad (Ahli)
6. Encik Shaharin bin Abu Bakar (Ahli)
7. Puan Nurul Ain binti Ambak (Ahli)
8. Encik Zuli Azizi bin Ali (Ahli)
9. Puan Norul Saadan binti Sulong (Ahli)

 

Ringkasan/Pengenalan Projek.

 Projek “E-TRAY dan TANDATANGAN DIGITAL”merupakan projek yang telah berjaya dihasilkan oleh kumpulan Syariah Transformation Squad (STS). Kini, projek ini telah dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu. Inovasi yang dilakukan adalah dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan edaran fail kepada Hakim Bicara.

Penjenamaan projek ini adalah dikenali sebagai Non-Physical File & Digital Signature. Kesimpulannya dengan wujudnya projek ini pendaftaran kes dapat dibuat secara atas talian dan sekaligus dapat mengurangkan penggunaan fail di kaunter setempat Mahkamah.

 Antara keunikan hasil inovasi yang terhasil dari projek ini adalah :

i. Pendigitalan iaitu dapat membuat edaran fail dengan pantas, dapat menghubungkan kesemua rangkaian Jabatan, mudah diakses oleh semua kakitangan dan keselamatan data turut terjamin.

ii. E-Tray – system yang telah dibangunkan oleh kumpulan SWC yang mana ianya boleh dicapai serta mudah digunakan.

iii. Digital Signature, ianya dikonfigurasikan sendiri oleh kumpulan SWC serta kawalah keselamatan data juga terjamin.

 

Pencapaian dalam pertandingan.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) yang diberi nama Syariah World Class (SWC) telah memenangi beberapa anugerah hasil daripada projek yang telah dihasilkan.

Kumpulan ini berjaya mendapat Anugerah Emas dalam MTex Wilayah Timur pada tahun 2012 juga mendapat Anugerah RTex Wilayah Utara pada tahun 2012. Seterusnya, kumpulan ini juga Anugerah Emas 3 Bintang dan turut tersenarai dalam 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam dalam Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 yang diadakan pada 14 – 17 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur dengan projek inovasi “Non Physical File and Digital Signature”. Rentetan kejayaan tersebut, JKSTR mendapat tawaran menyertai International Convention On Quality Control (ICQCC) 2013 Taipei pada 22 - 25 Oktober 2013 di Taipei International Convention Center, Taipei, Taiwan. Kumpulan ini telah Berjaya memperolehi Gold Award, International Conference On Quality, Japan pada tahun 2014.

Ini merupakan kejayaan kali pertama bagi JKSTR yang mewakili negara dan negeri Terengganu ke peringkat antarabangsa dalam ICQCC. Hasil usaha gigih semua yang terlibat dan impak projek tersebut JKSTR berjaya meraih Excellence Award.

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan.

Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah Daerah-daerah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman proses pendaftaran kes secara Non-Physical File dan Digital Signature dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada bulan Mac 2012. Arahan penyeragaman ini melalui surat yang bertarikh 19 Februari 2020 telah dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie.

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 20

Week 395

Month 921

All 13686

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu