Soalan 1 : Apa itu BSK?
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) adalah merupakan satu bahagian yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan ditempatkan di JKS Negeri-negeri bertujuan untuk menguatkuasakan nafkah yang telah di keluarkan oleh Mahkamah.
Soalan 2 : Kenapa BSK ditubuhkan?
BSK diwujudkan bagi memastikan perintah mahkamah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh bekas suami/bapa kepada isteri/bekas isteri dan anak-anak.
Soalan 3 : Apa yang perlu dilakukan apabila bekas suami/bapa enggan membayar nafkah sepertimana yang diperintah oleh Mahkamah?
Bekas isteri/anak boleh hadir ke BSK untuk membuat aduan, seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi rundingan melibatkan kedua-dua pihak untuk mendapatkan penyelesaian. Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah.
Soalan 4 : Selain daripada nafkah anak, apakah kes-kes lain yang boleh dirujuk ke BSK?
Selain daripada kegagalan bapa/bekas suami mematuhi perintah nafkah anak, sekiranya bekas suami gagal mematuhi bayaran perintah Iddah dan Mutaah juga boleh diadukan ke BSK.
Soalan 5 : Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di BSK?
2. Khidmat Peguam Syarie
3. Pendahuluan Dana dan Bantuan Nafkah
4. Perkhidmatan BSK Transit
Soalan 6 : Bagaimana Pendahuluan Dana/Bantuan Nafkah BSK ini boleh dipohon?
Dana Pendahuluan/Bantuan Pendahuluan nafkah boleh dipohon sepanjang tahun bagi setiap pelanggan yang telah mendaftarkan kes aduan di BSK. Permohonan akan diproses oleh BSK dalam tempoh yang munasabah dengan mengambil kira tempoh kelulusan oleh jawatankuasa dan pemprosesan bayaran.