User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Bahagian Penyelidikan telah diluluskan penubuhannya melalui Surat Kebenaran Perjawatan Bil. 3/2017 (SKP. BIL. N21 TAHUN 2017) iaitu di bawah Program 3 – Bahagian Penyelidikan. Bahagian ini terdiri daripada Pengarah Bahagian Penyelidikan, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan pegawai-pegawai penyelidik. Pada awal penubuhannya, bahagian ini diketuai oleh Puan Siti Salwa binti Mustapa dan 3 orang pegawai penyelidik yang lain termasuk Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie. Bermula April 2021 berlaku penambahan dan pertukaran  pegawai menjadikan jumlah keseluruhan pegawai yang ditugaskan di Bahagian Penyelidikan seramai 5 orang iaitu:

  1. Puan Nur Thuraiya Yumni binti Alias – Pengarah Bahagian Penyelidikan, LS44
  2. Tuan Ahnaf bin Ahmad – Penyelidik Ketua Hakim Syarie, LS41/LS44
  3. Puan Nurul Najwa binti Mohamad – Pegawai Penyelidik, LS41/LS44
  4. Puan Mardhiah Sumayyah binti Mohd Amin – Pegawai Penyelidik, LS41/LS44
  5. Puan Nur fatin Naimah binti Bakri – Pegawai Penyelidik, LS41/LS44

 

Bahagian Penyelidikan adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam penyelidikan perundangan dan kehakiman. Antara fungsi utama bahagian ini adalah:

  1. Bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dalam perundangan dan kehakiman dan terlibat secara langsung dalam pindaan enakmen dan undang-undang syariah.
  2. Bertanggungjawab menyediakan kertas kerja, input atau maklumat berkaitan perundangan, kehakiman dan pentadbiran dari semasa ke semasa.
  3. Bertanggungjawab membantu dalam penyediaan input Alasan Penghakiman Mahkamah serta memantau laporan bulanan/tahunan bagi aktiviti penyelidikan alasan penghakiman.
  4. Bertanggungjawab dalam penyelarasan permohonan latihan amali industri bagi HQ dan daerah-daerah serta membuat arahan pentadbiran yang perlu dari semasa ke semasa.
  5. Bertanggungjawab dalam penyelarasan semua taklimat dan lawatan ilmiah dari agensi/universiti/kolej/sekolah ke Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR).
  6. Bertanggungjawab dalam penyelarasan bagi semua taklimat kepada agensi luar sama ada awam/swasta yang berkaitan.
  7. Bertanggungjawab dalam memantau kajian daripada penyelidikan Institusi Pengajian Tinggi serta penyelidikan agensi luar dan perseorangan  yang berkaitan dengan perundangan dan kehakiman.
  8. Bertanggungjawab secara langsung dalam penerbitan Qanun Syariah Darul Iman yang dijadualkan dikeluarkan secara tahunan yang mana penerbitan pertama pada tahun 2022.

 

Bahagian Penyelidikan boleh dihubungi di alamat:
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terenggganu,
Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sulltan Mohamad.
21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel: 096232323 samb. 1504/1507

 

 

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 31

Week 406

Month 932

All 13697

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu