(1) SYARIAH WORLC CLASS
[Nama Projek : E-TRAY & DIGITAL SIGNATURE]
Ahli kumpulan
- Puan Noor Afzan binti Adam
- Tuan Haji Mohd Fakhruddin bin Yusof
- Tuan Ahmad Fitri bin Mazlam
- Puan Hafizah binti Tasani
- Encik Abdul Rahman bin Abdullah
- Encik Mat Rodzi bin Mohamad
- Encik Shaharin bin Abu Bakar
- Puan Nurul Ain binti Ambak
- Encik Zuli Azizi bin Ali
- Puan Norul Saadan binti Sulong
Ringkasan/Pengenalan Projek
Projek “E-TRAY dan TANDATANGAN DIGITAL”merupakan projek yang telah berjaya dihasilkan oleh kumpulan Syariah Transformation Squad (STS). Kini, projek ini telah dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu. Inovasi yang dilakukan adalah dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan edaran fail kepada Hakim Bicara.
Penjenamaan projek ini adalah dikenali sebagai Non-Physical File & Digital Signature. Kesimpulannya dengan wujudnya projek ini pendaftaran kes dapat dibuat secara atas talian dan sekaligus dapat mengurangkan penggunaan fail di kaunter setempat Mahkamah.
Antara keunikan hasil inovasi yang terhasil dari projek ini adalah :
- Pendigitalan iaitu dapat membuat edaran fail dengan pantas, dapat menghubungkan kesemua rangkaian Jabatan, mudah diakses oleh semua kakitangan dan keselamatan data turut terjamin.
- E-Tray – system yang telah dibangunkan oleh kumpulan SWC yang mana ianya boleh dicapai serta mudah digunakan.
- Digital Signature, ianya dikonfigurasikan sendiri oleh kumpulan SWC serta kawalah keselamatan data juga terjamin.
Pencapaian dalam pertandingan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) yang diberi nama Syariah World Class (SWC) telah memenangi beberapa anugerah hasil daripada projek yang telah dihasilkan.
Kumpulan ini berjaya mendapat Anugerah Emas dalam MTex Wilayah Timur pada tahun 2012 juga mendapat Anugerah RTex Wilayah Utara pada tahun 2012. Seterusnya, kumpulan ini juga Anugerah Emas 3 Bintang dan turut tersenarai dalam 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam dalam Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 yang diadakan pada 14 – 17 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur dengan projek inovasi “Non Physical File and Digital Signature”. Rentetan kejayaan tersebut, JKSTR mendapat tawaran menyertai International Convention On Quality Control (ICQCC) 2013 Taipei pada 22 - 25 Oktober 2013 di Taipei International Convention Center, Taipei, Taiwan. Kumpulan ini telah Berjaya memperolehi Gold Award, International Conference On Quality, Japan pada tahun 2014.
Ini merupakan kejayaan kali pertama bagi JKSTR yang mewakili negara dan negeri Terengganu ke peringkat antarabangsa dalam ICQCC. Hasil usaha gigih semua yang terlibat dan impak projek tersebut JKSTR berjaya meraih Excellence Award.
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah Daerah-daerah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman proses pendaftaran kes secara Non-Physical File dan Digital Signature dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada bulan Mac 2012. Arahan penyeragaman ini melalui surat yang bertarikh 19 Februari 2020 telah dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie.
(2) VISION QUEST
[ Nama Projek : iPost ]
Ahli kumpulan
Ringkasan/Pengenalan Projek
Kumpulan ini telah berjaya menghasilkan projek “Smart Order Submission”. Kumpulan ini telah melakukan “Business Process Reengineering” dalam pengurusan proses pengurusan perintah pembubaran perkahwinan bermula dari penyediaan perintah bertulis sehingga dihantar kepada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (KPPPR) dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPPR) secara maya.
Inovasi yang dilakukan adalah dengan mewujudkan sistem i-Post. Inovasi ini dapat mengatasi masalah tempoh masa pengurusan perintah pembubaran perkahwinan daripada 39 hari kepada 1 hari serta dapat mengurangkan proses kerja daripada 25 proses kepada 3 proses sahaja. Antara impak inovasi yang lain adalah penjimatan masa dan kos penghantaran perintah kerana perintah dapat dihantar melalui online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (KPPPR) dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (PPPR) termasuk di daerah-daerah lain seperti Marang, Dungun, Kemaman, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Pencapaian dalam pertandingan
Seterusnya Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) melebarkan sayap ke International Convention On Quality Control (ICQCC) 2015 pada 02 - 07 Oktober 2015 di Changwon Exhibition & Convention Center, Gyeongnam, Korea dan berjaya memperolehi Silver Illumination.
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Sebagai tindakan penyeragaman ISO, Pasukan Dokumentasi ISO 9001: 2008 Jabatan telah mengubah Prosedur Kerja dan diterima pakai seluruh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu iaitu Prosedur Pengurusan Penyediaan Perintah Bertulis Mahkamah bagi Kes Mal.
(3) SYARIAH WORLD CLASS
[ Nama Projek : eWanted ]
Ahli kumpulan
- Puan Noor Afzan binti Adam
- Tuan Haji Mohd Fakhruddin bin Yusof
- Tuan Ahmad Fitri bin Mazlam
- Puan Hafizah binti Tasani
- Encik Abdul Rahman bin Abdullah
- Encik Mat Rodzi bin Mohamad
- Encik Shaharin bin Abu Bakar
- Puan Nurul Ain binti Ambak
- Encik Zuli Azizi bin Ali
- Puan Norul Saadan binti Sulong
Ringkasan/Pengenalan Projek
Projek“E-WANTED ” merupakan projek yang telah berjaya dihasilkan oleh kumpulan Syariah World Class (SWC). Projek ini merupakan projek kedua kumpulan SWC. Projek ini telah dilaksanakan di seluruh Negeri Terengganu. Projek ini merupakan projek kedua yang dihasilkan oleh kumpulan SWC. Inovasi yang dilakukan adalah untuk mempercepatkan proses pengeluaran waran tangkap sehingga menyebabkan Orang Kene Tuduh (OKT) tidak dapat ditangkap.
Ekoran daripada kejayaan projek ini. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) telah menjadi benchmark dan perintis kepada Jabatan Kehakiman Syariah di seluruh Malaysia dalam membudayakan inovasi.
Inovasi dibuat adalah lebih kepada waran tangkap yang mana Perintah Mahkamah yang memberi kuasa kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah dan semua Pegawai Penguatkuasa Syariah yang lain, dan mana-mana pegawai itu boleh laksanakan waran itu di mana bahagian di Negeri Terengganu. Ini kerana proses kerja pengurusan waran tangkap mengambil masa yang lama yang melibatkan 29 proses kerja dan mengambil masa 30 sehingga 123 hari. Masalah ini telah dikenalpasti berlaku Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu. Masalah ini berlaku bila terdapat permohonan waran tangkap oleh pihak-pihak terlibat.
Pencapaian dalam pertandingan
Kumpulan SWC telah memenangi tempat kedua (Naib Johan) bagi kategori Pengurusan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Terengganu Kali ke 26 Tahun 2014 pada tarikh 29-30 September 2014 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. Seterusnya Kumpulan SWC menyertai Mini Convention On Team Excellence Wilayah Pantai Timur pada tahun 2015 pada tarikh 18 Mac 2015 bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu, Terengganu dan telah memenangi Anugerah Emas.
Seterusnya Kumpulan SWC juga meneruskan lagi dengan menyertai pertandingan di dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Timur Tahun 2015 pada tarikh 5-6 Ogos 2015 bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan Pahang. Kumpulan ini juga telah memenangi Anugerah Emas 3 bintang dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 pada tarikh 2-4 November 2015 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Kuala Lumpur. Pencapaian membanggakan Kumpulan SWC ini bila mana kumpulan ini buat kali kedua telah berjaya merangkul Gold Award dalam International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2016 yang diadaka pada 22 - 27 Ogos 2016 di The Centara Grand At Central Plaza Ladprao Bangkok Hotel, Thailand.
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman pelaksanaan E-Wanted tersebut yang ditandatangani oleh YAA KHS pada 27 Mei 2014 dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada bulan Juali 2014.
(4) SYARIAH TRANSFORMATION SQUAD
[ Nama Projek : Ez-Nafkah ]
Ahli kumpulan
- Tuan Mohd Amir bin Haji Arifin @ Mohd Rifin;
- Encik Azmil Hushairi bin Remli;
- YM Syed Muhammad bin Tuan Dalam;
- Puan Nurul Huda binti Abdul Rahman;
- Puan Siti Salwa binti Mustapa;
- Puan Rofidah binti Ali;
- Puan Rosmawati binti Wahid;
- Puan Supiah binti Hussin;
- Puan Kamalia Iklima binti Shaharom
Ringkasan/Pengenalan Projek
Projek “EZ-Nafkah”merupakan projek yang telah berjaya dihasilkan oleh kumpulan Syariah Transformation Squad (STS). Kini, projek ini telah dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu. Inovasi yang dilakukan adalah dengan mempercepatkan proses bayaran bantuan pendahuluan nafkah anak yang lambat.
Ez-Nafkah adalah adalah suatu proses permohonan Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak yang lebih mudah dan cepat bagi mengurangkan birokrasi. Permohonan ini menggunapakai Borang Aduan dan Borang Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan / MRS Daerah-Daerah. Borang Aduan dan Borang Bantuan Nafkah Anak yang lengkap diisi akan dihantar melalui emel dari MRS Daerah-Daerah terus ke BSK. Permohonan perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan dan disahkan oleh Pegawai Mahkamah dan seterusnya permohonan yang lengkap akan dinilai dari segi kelayakan untuk kelulusan.
Pencapaian dalam pertandingan
Melalui projek inovasi ini, kumpulan telah menyertai beberapa konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Sepanjang penglibatan, berikut adalah pencapaian kumpulan Syariah Transformation Squad dalam penyertaan Konvensyen KIK sepanjang tahun 2014 – 2017.
Kumpulan STS telah memulakan langkah pertama dengan menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Kali ke 27 Tahun 2015 Peringkat Negeri Terengganu 2013 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 15 September 2015 yang dilangsungkan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Tempat Ketiga bagi Kategori Pengurusan dan membawa pulang Sijil Penyertaan, Plague, dan Wang Tunai sebanyak RM3000.
Seterusnya, Kumpulan STS telah telah menyertai Konvensyen Konvensyen ICC Peringkat Wilayah Utara 2016 anjuran MPC bertarikh 03 - 04 Ogos 2016 yang dilangsungkan di De Baron Resort, Langkawi Kedah Darul Aman. Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Anugerah Emas (Gold Award) bagi Kategori Pengurusan.
Seterusnya, Kumpulan STS telah menyertai Konvensyen Konvensyen ICC Peringkat Wilayah Pantai Timur 2016 anjuran MPC bertarikh 23 - 24 Ogos 2016 yang dilangsungkan di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Anugerah Emas (Gold Award) bagi Kategori Pengurusan.
Seterusnya, dengan pencapaian dua anugerah emas tersebut, Kumpulan STS telah diberi peluang untuk menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2017 (APIC) anjuran MPC bertarikh 25 - 27 Oktober 2016 yang dilangsungkan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Anugerah Emas 3 Bintang (Gold Award) bagi Kategori Pengurusan.
Rentetan daripada kejayaan di peringkat Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2016 kumpulan Syariah Transformation Squad telah dijemput untuk menyertai International Convention On QC Circles (ICQCC) 2017 di Manila, Filipina pada 23 – 28 Oktober 2017 dalam kategori Competition.
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah Daerah-daerah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman pelaksanaan EZ-Nafkah tersebut yang ditandatangani oleh YAA KHS pada 04 Febuari 2015 dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada 15 Febuari 2015.
(5) EXPLOSIVE JUSTICE CIRCLE
[ Nama Projek : BookMySulh ]
Ahli kumpulan
- Ahnaf bin Ahmad
- Muhammad ‘Auni bin Mustaffa
- Nor Haslinda binti Md Yassin
- Noor Afini binti Ismail
- Rus Farah Izzaty binti Ruslan
- Nor Khazilah binti Mohd Diah
- Mohd Zamri bin Awang
- Mohd Hilmil bin Mohamad @ Ghazali
Ringkasan/Pengenalan Projek
tajuk projek yang dipilih ialah PROSES PERTEMUAN MAJLIS SULH YANG LAMA dengan tema Menyegerakan Pengendalian Pertemuan Majlis Sulh. Projek ini dilulus untuk uji cuba pada 15 Jun 2015. Benchmark kumpulan berdasarkan Blue Ocean Strategy Model dan Mediation Process & Skills Course dari Accord Group Australia serta Kursus Mediasi Lanjutan di Australia. Inovasi ini adalah satu-satunya projek yang melibatkan pendaftaran kes Sulh di Malaysia.
Kumpulan ini telah membuat penjenamaan projek dengan nama BookMYSULH. BookMYSULH merupakan sebuah sistem pendaftaran kes Sulh secara online dengan pelanggan melengkapkan dokumen untuk pendaftaran dengan cara Template Pleading (t-Pleading) dan membuat tempahan awal bagi tarikh pertemuan Majlis Sulh
Pencapaian dalam pertandingan
- Julung kalinya menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu 2016 (MPIPAP) bertarikh 27 – 28 September 2016 yang bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu
- Menerima Gold Award dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2017 (ICC), bertarikh 25 – 26 Julai 2017 yang bertempat di Permai Hotel Kuala Terengganu, Terengganu
- Menerima Gold Award 3 Stars dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2017 (APIC), bertarikh: 14 – 16 November 2017 yang bertempat di Grand Ballroom 2, Genting International Convention Centre (GICC), Pahang
- Menerima Gold Award dalam Convention On QC Circles 2018 (ICQCC) Singapura, bertarikh 22 – 25 Oktober 2018 yang bertempat di Resorts World Sentosa, Singapura
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Perlaksanaan BookMYSULH dilaksanakan di jabatan kumpulan bermula 15 Januari 2016. BookMYSULH merupakan sebuah sistem pendaftaran kes Sulh secara online dengan pelanggan melengkapkan dokumen untuk pendaftaran dengan cara Template Pleading (t-Pleading) dan membuat tempahan awal bagi tarikh pertemuan Majlis Sulh. Cara-cara:
- Pelanggan dikehendaki melengkapkan maklumat atau butir-butir diri berhubung dengan kes yang dipohon/dituntut dengan mengisi ruangan kosong di bahagian t-Pleading.
- Setelah setiap dokumen yang diperlukan disempurnakan, pelanggan boleh memilih tarikh yang sesuai untuk pertemuan Majlis Sulh, tertakluk kepada kekosongan kes Sulh pada tarikh berkenaan.
- Melalui penentuan tarikh yang ditetapkan atau dipilih dengan kehendak pelanggan sendiri, pelanggan akan dipanggil untuk pendaftaran melalui notis atau saman atau SMS atau panggilan telefon dalam tempoh tiga (3) hari selepas tempahan dibuat.
- Setelah Mahkamah berpuas hati dokumen telah disempurnakan (proses semakan dokumen dan pendaftaran memakan masa lebih kurang satu (1) jam), pelanggan akan dibawa ke Kamar Sulh untuk pertemuan Majlis Sulh.
(6) MAGNIFICIENT
[ Nama Projek : ePatuh ]
Ahli kumpulan
- Puan Rozlya binti Muin
- Encik Mohd Yusri bin Ismail
- Puan Suhaila binti Yusoff
- Encik Rahisam bin Idris
- Puan Che Zakiah binti Che Mat
- Encik Azliman bin Ibrahim
- Puan Wan Nur ‘Izzatilfadilah bin Wan Embong
Ringkasan/Pengenalan Projek
Projek e-Patuh merupakan beberapa siri projek Inovasi yang telah di bangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu. Projek ini memfokuskan kepada peringkat penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah dalam kes berkaitan nafkah. Lazimnya, pelanggan tidak tahu apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya perintah yang telah di keluarkan oleh Mahkamah tidak dipatuhi. Kesannya akan menyebabkan pihak yang berhak menerima nafkah telah terabai.
Projek Inovasi ini telah mewujudkan satu sistem penerimaan aduan secara atas talian (online) bagi menggantikan sistem penerimaan aduan secara manual. Impak daripada inovasi ini dapat mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan dalam membuat aduan di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Projek inovasi ini berjaya mewujudkan satu mekanisma khusus penerimaan aduan bagi membolehkan Mahkamah menyampaikan maklumat kepada pelanggan apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk proses pemfailan pelaksanaan dan penguatkuasaan di Mahkamah.
Dengan kewujudan inovasi e-Patuh ini, setiap pelanggan dapat membuat aduan melalui internet dengan melayari laman sesawang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) di http://syariah.terengganu.gov.myatau http://jkstr.jksm.gov.mydimana setiap pelanggan perlu ada no fail kes Mahkamah yang telah selesai bagi mengakses kepada sistem tersebut. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh hadir ke kaunter BSK bagi membuat aduan secara manual dengan menyediakan dokumen yang diperlukan.
Pencapaian dalam pertandingan
Selaras dengan Key Perfomance Indeks Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang menghendaki 1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 tahun Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu sentiasa mengorak langkah dalam membudayakan pembangunan Kualiti dan Inovasi di kalangan warga kerja Mahkamah Syariah. Justeru itu hasil pencapaian kejayaan projek pemantauan ketidakpatuhan kepada perintah Nafkah di Mahkamah Syariah atau lebih dikenali dengan inovasi projek ePatuh yang telah memenangi Anugerah Emas 4 Bintang di peringkat Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) 2018 pada 15hb November 2018 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC).
Projek Inovasi e-Patuh ini juga telah memasuki pertandingan 1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun Peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2018 dan telah memenangi Anugerah Empat Bintang (Hadiah Wang Tunai RM 1,500) dan Anugerah Khas Inovasi (Hadiah Wang Tunai RM 7,000) pada 10 Disember 2018.
Rentetan daripada kejayaan tersebut Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) yang diberi nama “Magnificient” pada 31 Mei 2019 telah di tawarkan untuk menyertai Asia Pacific Quality Organization International Conference (APQC) & International Quality And Productivity Convention (IQPC) 2019 bertempat di The Stones Hotel Legian Bali Indonesia pada 11 hingga 17 Oktober 2019 anjuran Asia Pacific Quality Organization (APQO) dengan kerjasama Indonesia Quality and Productivity Management Association (IQPMA) and Wahana Kendali Mutu (WKM) dengan bertemakan "Pursuing Excellence, Futureproofing sustainability".
Justeru itu, Konvensyen di APQC dan IQPC 2019 merupakan penyertaan Kumpulan Magnificinet, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu buat pertama kalinya diperingkat Asia Pasifik. Kumpulan Magnificient sekali lagi telah berjaya mengekalkan prestasi kecemerlangan di peringkat antarabangsa kerana berjaya mendapat Anugerah Tiga Bintang.
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Pelanggan dapat membuat aduan melalui internet dengan melayari laman sesawang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) di http://syariah.terengganu.gov.my.
(7) CRYSTAL OF JUSTICE
[ Nama Projek : eRekod ]
Ahli kumpulan
- Norzilawati binti Said
- Siti Norulwahidah binti Ibrahim
- Noor Amira binti Abdul Manan
- Khatenah binti Abd Rahman
- Siti Kuraisah binti Mahari
- Fatini binti Awang
- Mohd Azmi bin Zakaria
Ringkasan/Pengenalan Projek
Projek “eREKOD”merupakan antara beberapa siri projek Inovasi yang telah di bangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu. Projek ini memfokuskan kepada penyimpanan rekod penting secara softcopy bagi memudahkan pencarian rekod penting bagi fail yang telah dilupuskan. Lazimnya, tempat penyimpanan rekod yang berstatus kekal, yang tidak setempat dengan jumlah yang banyak akan menyukarkan proses pencariannya. Pencarian secara konvensional pula pula boleh memakan masa yang lama sehingga menyebabkan kelewatan penyerahan rekod penting kepada Pelanggan. Hal ini sudah pasti menjejaskan keperluan Pelanggan dan memberi efek kepada imej Jabatan. Projek Inovasi ini telah mewujudkan sistem penyimpanan rekod penting secara softcopy bagi memudahkan pencarian rekod penting bagi fail yang telah dilupuskan dan ianya dapat menjimatkan masa pencarian fail, sekaligus menjimatkan masa dan kos pelanggan.
Inovasi E-Rekod ini diaplikasikan apabila adanya permohonan untuk mendapatkan salinan perintah / keputusan Mahkamah oleh pelanggan, yang mana Unit Rekod akan membuat carian terus melalui eREKOD. Inovasi ini dapat mempercepatkan proses pencarian Rekod Penting bagi fail yang telah dilupuskan – 10 tahun (Kes Mal) / 3 tahun (Kes Jenayah).
Pencapaian dalam pertandingan
Ekoran daripada itu, hasil pencapaian kejayaan projek kesukaran mengesan rekod penting bagi fail yang dilupuskan atau lebih dikenali dengan inovasi projek eREKOD ini telah menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Timur pada pada 30 Julai 2019 hingga 01 Ogos 2019 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC) dan telah berjaya memenangi Anugerah Emas (Gold Award) di peringkat tersebut.
Seterusnya, Kumpulan Crystal of Justice telah menyertai inovasi melalui projek eREKOD di Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) 2019 pada 05hb hingga 07hb November 2019yangbertempat di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC). Pada penyertaan kali ini, kumpulan Crystal of Justicetelah berjaya memenangi Anugerah Emas 4 Bintang (Gold Award).
Dengan kejayaan tersebut, kumpulan ini telah mengorak langkah dengan memasuki pertandingan 1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun Peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2019 yang diadakan pada 14 November 2019 dan telah berjaya memenangi Anugerah Empat Bintang (Hadiah Wang Tunai RM1,200) dan Anugerah Khas Inovasi (Hadiah Wang Tunai RM 5,000).
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah Daerah-daerah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman pelaksanaan E-Rekod tersebut yang ditandatangani oleh YAA KHS pada 13 Mei 2019 dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada 25 Mei 2019. Satu latihan e-Rekod juga telah diadakan pada 03 Oktober 2019 di Makmal Komputer Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk memberi latihan kepada kakitangan yang terlibat.
(8) JUSTICE HUNTER
[ Nama Projek : Video Conference Consultation (VCC) ]
Ahli kumpulan
- Encik Zulkiflee bin Mohd
- Puan Nur Thuraiya Yumni binti Alias
- Puan Hanifah binti Harum
- Puan Robiah binti Khamis
- Puan Sapura binti Ismali
- Encik Zainal Abidin bin Sabri
- Encik Hartini binti Endut
- Encik Muhammad Aizat bin Ahmad
Ringkasan/Pengenalan Projek
Projek Video Conference Consultation (VCC) ini adalah satu projek atau Inovasi Sosial dalam bidang penyampaian perkhidmatan yang menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan dan teratur berteraskan kepada prinsip asas pembudayaan KIK dan inovasi “KAIZEN” iaitu penambahbaikan berterusan dan telah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan. Kami telah memilih tajuk ini berdasarkan beberapa justifikasi, antaranya menjimatkan masa pelanggan dan mengurangkan kos untuk hadir ke mahkamah, meningkatkan produktiviti Jabatan, menambah mutu perkhidmatan dan selari dengan perkembangan teknologi dan inovasi serta meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan kakitangan kepada pelanggan.
Strategi “design thinking” telah digunakan oleh kumpulan kami bagi menyelesaikan masalah ini. Teknik empati digunakan bagi mengenalpasti kumpulan sasar iaitu pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat runding cara dari pegawai di Unit Runding Cara, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR). Seterusnya adalah membentuk “point of view” kehendak pelanggan. Pelanggan perlu hadir sekali sahaja ke Mahkamah dan tidak perlu berulang alik, atau langsung tidak perlu hadir ke Mahkamah Syariah untuk sesi runding cara ini bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan-tujuan seperti memfailkan kes atau penyelesaian akibat permasalahan yang wujud berkaitan hukum syarak dan undang-undang. Hasil sesi brainstorming, kumpulan kami sebulat suara untuk mencipta produk yang dinamakan Video Conference Consultation (VCC). VCC adalah satu perkhidmatan runding cara secara sidang video atas talian. Prototype VCC telah dicipta dan dibentangkan kepada jabatan dan telah mendapat kelulusan dan telah digunapakai bagi seluruh Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu.
Menerusi projek VCC, ianya telah mengurangkan proses kerja iaitu daripada 7 proses kerja kepada 3 proses kerja. VCC telah memberikan impak positif terutamanya kepada pelanggan yang memerlukan khidmat Runding Cara. Antara impaknya adalah, VCC sebagai medium alternatif kepada pelanggan yang tidak berkesempatan ke Mahkamah. Selain itu, pelanggan juga tidak perlu berulang alik ke Mahkamah dan pelanggan dapat memilih VCC mengikut waktu yang bersesuaian. Antara impak yang turut penting adalah penggunaan teknologi dalam perkhidmatan kerajaan dapat meluaskan akses kebolehcapaian maklumat.
Pencapaian dalam pertandingan
Kumpulan dan projek ini berjaya memperolehi Anugerah Emas dalam konvensyen tersebut. Seterusnya pada 17 – 20 November 2020, kumpulan ini turut menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2020 juga secara atas talian dan telah berjaya memenangi Anugerah Emas 5 Bintang. Kumpulan Justice Hunter telah mendapat Gold Award di International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2022 di Jakarta, Indonesia yang berlangsung pada 15 -18 November 2022.
Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan
Dengan adanya VCC ini, setiap pelanggan hanya perlu hadir sekali atau langsung tidak perlu hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan khidmat runding cara dan permasalah dan kebuntuan mereka dapat diselesaikan secara dalam talian sahaja dan boleh meneruskan untuk prosedur seterusnya yang berkaitan.
Hala tuju yang begitu positif di dalam penggunaan VCC ini, memberi harapan besar pada kumpulan KIK untuk mengembangkan penggunaannya bagi manfaat masyarakat awam di Negeri Terengganu khususnya. VCC berpotensi untuk diaplikasikan oleh semua Mahkamah-mahkamah Syariah di setiap negeri dalam Malaysia.