Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Nama Kumpulan : CRYSTAL OF JUSTICE

Nama Ahli Kumpulan :
1. Siti Norulwahidah binti Ibrahim (Ketua Kumpulan)
2. Noor Amira binti Abdul Manan (Setiausaha Kumpulan)
3. Khatenah binti Abd Rahman (Ahli)
4. Siti Kuraisah binti Mahari (Ahli)
5. Fatini binti Awang (Ahli)
6. Mohd Azmi bin Zakaria (Ahli)

 

 

Ringkasan/Pengenalan Projek

Projek “eREKOD”merupakan antara beberapa siri projek Inovasi yang telah di bangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu. Projek ini memfokuskan kepada penyimpanan rekod penting secara softcopy bagi memudahkan pencarian rekod penting bagi fail yang telah dilupuskan. Lazimnya, tempat penyimpanan rekod yang berstatus kekal, yang tidak setempat dengan jumlah yang banyak akan menyukarkan proses pencariannya. Pencarian secara konvensional pula pula boleh memakan masa yang lama sehingga menyebabkan kelewatan penyerahan rekod penting kepada Pelanggan. Hal ini sudah pasti menjejaskan keperluan Pelanggan dan memberi efek kepada imej Jabatan. Projek Inovasi ini telah mewujudkan sistem penyimpanan rekod penting secara softcopy bagi memudahkan pencarian rekod penting bagi fail yang telah dilupuskan dan ianya dapat menjimatkan masa pencarian fail, sekaligus menjimatkan masa dan kos pelanggan.

Inovasi E-Rekod ini diaplikasikan apabila adanya permohonan untuk mendapatkan salinan perintah / keputusan Mahkamah oleh pelanggan, yang mana Unit Rekod akan membuat carian terus melalui eREKOD. Inovasi ini dapat mempercepatkan proses pencarian Rekod Penting bagi fail yang telah dilupuskan – 10 tahun (Kes Mal) / 3 tahun (Kes Jenayah).

 

Pencapaian dalam pertandingan

Ekoran daripada itu, hasil pencapaian kejayaan projek kesukaran mengesan rekod penting bagi fail yang dilupuskan atau lebih dikenali dengan inovasi projek eREKOD ini telah menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Timur pada pada 30 Julai 2019 hingga 01 Ogos 2019 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC) dan telah berjaya memenangi Anugerah Emas (Gold Award) di peringkat tersebut.

Seterusnya, Kumpulan Crystal of Justice  telah menyertai inovasi melalui projek eREKOD di Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) 2019 pada 05hb hingga 07hb November 2019yangbertempat di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC). Pada penyertaan kali ini, kumpulan Crystal of Justicetelah berjaya memenangi Anugerah Emas 4 Bintang (Gold Award).

Dengan kejayaan tersebut, kumpulan ini telah mengorak langkah dengan memasuki pertandingan 1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun Peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2019 yang diadakan pada 14 November 2019 dan telah berjaya memenangi Anugerah Empat Bintang (Hadiah Wang Tunai RM1,200) dan Anugerah Khas Inovasi (Hadiah Wang Tunai RM 5,000).

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan

Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah Daerah-daerah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman pelaksanaan E-Rekod tersebut yang ditandatangani oleh YAA KHS pada 13 Mei 2019 dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada 25 Mei 2019. Satu latihan e-Rekod juga telah diadakan pada 03 Oktober 2019 di Makmal Komputer Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk memberi latihan kepada kakitangan yang terlibat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 14

Week 305

Month 68

All 3930

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu