Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Nama Kumpulan : MAGNIFICIENT

Nama Ahli Kumpulan:
1. Puan Rozlya binti Muin
2. Encik Mohd Yusri bin Ismail
3. Puan Suhaila binti Yusoff
4. Encik Rahisam bin Idris
5. Puan Che Zakiah binti Che Mat
6. Encik Azliman bin Ibrahim
7. Puan Wan Nur ‘Izzatilfadilah bin Wan Embong

 

Ringkasan/Pengenalan Projek

Projek e-Patuh merupakan beberapa siri projek Inovasi yang telah di bangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu. Projek ini memfokuskan kepada peringkat penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah dalam kes berkaitan nafkah. Lazimnya, pelanggan tidak tahu apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya perintah yang telah di keluarkan oleh Mahkamah tidak dipatuhi. Kesannya akan menyebabkan pihak yang berhak menerima nafkah telah terabai.

Projek Inovasi ini telah mewujudkan satu sistem penerimaan aduan secara atas talian (online) bagi menggantikan sistem penerimaan aduan secara manual. Impak daripada inovasi ini dapat mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan dalam membuat aduan di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Projek inovasi ini berjaya mewujudkan satu mekanisma khusus penerimaan aduan bagi membolehkan Mahkamah menyampaikan maklumat kepada pelanggan apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk proses pemfailan pelaksanaan dan penguatkuasaan di Mahkamah.

Dengan kewujudan inovasi e-Patuh ini, setiap pelanggan dapat membuat aduan melalui internet dengan melayari laman sesawang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) di http://syariah.terengganu.gov.my atau e-PATUH (jksm.gov.my) dimana setiap pelanggan perlu ada no fail kes Mahkamah yang telah selesai bagi mengakses kepada sistem tersebut. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh hadir ke kaunter BSK bagi membuat aduan secara manual dengan menyediakan dokumen yang diperlukan.

 

Pencapaian dalam pertandingan

Selaras dengan Key Perfomance Indeks Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang menghendaki 1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 tahun Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu sentiasa mengorak langkah dalam membudayakan pembangunan Kualiti dan Inovasi di kalangan warga kerja Mahkamah Syariah. Justeru itu hasil pencapaian kejayaan projek pemantauan ketidakpatuhan kepada perintah Nafkah di Mahkamah Syariah atau lebih dikenali dengan inovasi projek ePatuh yang telah memenangi Anugerah Emas 4 Bintang di peringkat Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) 2018 pada 15hb November 2018 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC).

Projek Inovasi e-Patuh ini juga telah memasuki pertandingan 1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun  Peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2018 dan telah memenangi Anugerah Empat Bintang (Hadiah Wang Tunai RM 1,500)  dan Anugerah Khas Inovasi (Hadiah Wang Tunai RM 7,000) pada 10 Disember 2018.

Rentetan daripada kejayaan tersebut Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) yang diberi nama “Magnificient” pada 31 Mei 2019 telah di tawarkan untuk menyertai Asia Pacific Quality Organization International Conference (APQC) & International Quality And Productivity Convention (IQPC) 2019 bertempat di The Stones Hotel Legian Bali Indonesia pada 11 hingga 17 Oktober 2019 anjuran Asia Pacific Quality Organization (APQO) dengan kerjasama Indonesia Quality and Productivity Management Association (IQPMA) and Wahana Kendali Mutu (WKM) dengan bertemakan "Pursuing Excellence, Futureproofing sustainability".

Justeru itu, Konvensyen di APQC dan IQPC 2019 merupakan penyertaan Kumpulan Magnificinet, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu buat pertama kalinya diperingkat Asia Pasifik. Kumpulan Magnificient sekali lagi telah berjaya mengekalkan prestasi kecemerlangan di peringkat antarabangsa kerana berjaya mendapat Anugerah Tiga Bintang.

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan

Pelanggan dapat membuat aduan melalui internet dengan melayari laman sesawang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) di http://jkstr.jksm.gov.my/epatuh/

 

 

 

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 34

Week 409

Month 935

All 13700

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu