Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Nama Kumpulan : EXPLOSIVE JUSTICE CIRCLE

Nama Ahli Kumpulan :

1. Ahnaf bin Ahmad (Ketua Kumpulan)
2. Muhammad ‘Auni bin Mustaffa (Ahli)
3. Nor Haslinda binti Md Yassin (Ahli)
4. Noor Afini binti Ismail (Ahli)
5. Rus Farah Izzaty binti Ruslan6. Nor Khazilah binti Mohd Diah (Ahli)
7. Mohd Zamri bin Awang (Ahli)
8. Mohd Hilmil bin Mohamad @ Ghazali (Ahli)

 

Ringkasan/Pengenalan Projek

Tajuk projek yang dipilih ialah PROSES PERTEMUAN MAJLIS SULH YANG LAMA dengan tema Menyegerakan Pengendalian Pertemuan Majlis Sulh. Projek ini dilulus untuk uji cuba pada 15 Jun 2015. Benchmark kumpulan berdasarkan Blue Ocean Strategy Model dan Mediation Process & Skills Course dari Accord Group Australia serta Kursus Mediasi Lanjutan di Australia. Inovasi ini adalah satu-satunya projek yang melibatkan pendaftaran kes Sulh di Malaysia.

Kumpulan ini telah membuat penjenamaan projek dengan nama BookMYSULH. BookMYSULH merupakan sebuah sistem pendaftaran kes Sulh secara online dengan pelanggan melengkapkan dokumen untuk pendaftaran dengan cara Template Pleading (t-Pleading) dan membuat tempahan awal bagi tarikh pertemuan Majlis Sulh

 

Pencapaian dalam pertandingan

Julung kalinya menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu 2016 (MPIPAP) bertarikh 27 – 28 September 2016 yang bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu

Menerima Gold Award dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2017 (ICC), bertarikh 25 – 26 Julai 2017 yang bertempat di Permai Hotel Kuala Terengganu, Terengganu

Menerima Gold Award 3 Stars dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2017 (APIC), bertarikh: 14 – 16 November 2017 yang bertempat di Grand Ballroom 2, Genting International Convention Centre (GICC), Pahang

Menerima Gold Award dalam Convention On QC Circles 2018 (ICQCC) Singapura, bertarikh 22 – 25 Oktober 2018 yang bertempat di Resorts World Sentosa, Singapura

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan

Perlaksanaan BookMYSULH dilaksanakan di jabatan kumpulan bermula 15 Januari 2016. BookMYSULH merupakan sebuah sistem pendaftaran kes Sulh secara online dengan pelanggan melengkapkan dokumen untuk pendaftaran dengan cara Template Pleading (t-Pleading) dan membuat tempahan awal bagi tarikh pertemuan Majlis Sulh. Langkah-langkah seperti berikut :

  1. Pelanggan dikehendaki melengkapkan maklumat atau butir-butir diri berhubung dengan kes yang dipohon/dituntut dengan mengisi ruangan kosong di bahagian t-Pleading.
  2. Setelah setiap dokumen yang diperlukan disempurnakan, pelanggan boleh memilih tarikh yang sesuai untuk pertemuan Majlis Sulh, tertakluk kepada kekosongan kes Sulh pada tarikh berkenaan.
  3. Melalui penentuan tarikh yang ditetapkan atau dipilih dengan kehendak pelanggan sendiri, pelanggan akan dipanggil untuk pendaftaran melalui notis atau saman atau SMS atau panggilan telefon dalam tempoh tiga (3) hari selepas tempahan dibuat.
  4. Setelah Mahkamah berpuas hati dokumen telah disempurnakan (proses semakan dokumen dan pendaftaran memakan masa lebih kurang satu (1) jam), pelanggan akan dibawa ke Kamar Sulh untuk pertemuan Majlis Sulh.

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 14

Week 305

Month 68

All 3930

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu