User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Bahagian Kehakiman di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu terdiri daripada :-

  • Mahkamah Rayuan Syariah
  • Mahkamah Tinggi Syariah
  • Mahkamah Rendah Syariah

 

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

Fungsi:-

i. Mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.

ii. Mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah;

iii. Mendengar permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi kes dari Mahkamah Rendah Syariah kedalam Mahkamah Tinggi Syariah dan merayu lagi ke Mahkamah Rayuan Syariah

 

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang diwujudkan adalah:

  • Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Di Kuala Terengganu

Fungsi:-

i. Mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Terengganu, dalam bidangkuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Mahkamah Syariah(Terengganu) 2001, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

ii. Mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Terengganu dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan :-

a) Pertunangan, perkahwinan, ruju‟, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;

b) Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (a);

c) Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

d) Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

e) Wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

f) Alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang Islam;

g) Wakaf atau nazar;

h) Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

i) Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang, si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;

j) Pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

k) Pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan

l) Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

iii. Mempunyai bidangkuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;

iv) Mempunyai bidangkuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula.

v) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

 

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

Terdapat 7 Mahkamah Rendah Syariah mengikut daerah dalam negeri ini, iaitu :-

  • Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut
  • Mahkamah Rendah Syariah Daerah Dungun
  • Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Terengganu
  • Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman
  • Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu
  • Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang
  • Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu

 

Fungsi:-

i) Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Terengganu di daerah-daerah yang ditetapkan dan hendaklah dalam bidangkuasa jenayahnya:-

Membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis ini tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan baginya.

ii) Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di daerah-daerah yang ditetapkan dan hendaklah dalam bidangkuasa malnyamendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang mana Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 31

Week 406

Month 932

All 13697

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu