Borang-Borang Mahkamah Syariah

Bagi mempercepatkan proses pendaftaran kes, pelanggan boleh mendapatkan contoh panduan penyediaan MS 3 (Notis Permohonan)  dan MS 26 (Afidavit) sebagaimana yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan prosedur pendaftaran kes Mal boleh diperolehi di Kaunter Setempat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Aras 1, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Para pelanggan bolehlah memuat turun contoh di dalam segmen ini untuk dijadikan panduan umum memulakan kes Mal di Mahkamah Syariah dan penyediaan ini hanyalah sebagai panduan untuk memudahkan pelanggan.Terdapat 2 jenis pendaftaran kes Mal yang boleh dimulakan di Mahkamah Syariah iaitu :

1. Tuntutan

Tuntutan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Saman dan Pernyataan Tuntutan (MS 2)

2. Permohonan

Permohonan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Notis Permohonan (MS 3) berserta Afidavit Sokongan (MS 26).

Seksyen 3 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu 2001 memperuntukkan tafsiran "Borang"- 

- "borang" ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu".

jksnt

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my

Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini

Hits Pengunjung

Today 3

Week 12

Month 55

All 34656

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu