User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Perkhidmatan ini disediakan di Aras 1 Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang mana ianya menyediakan khidmat nasihat berkaitan kes kepada Pelanggan yang datang ke Mahkamah Syariah dari aspek Hukum Syarak dan perundangan. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat awal berhubung kes-kes yang ingin difailkan atau apa-apa tindakan yang bersesuaian untuk difailkan di Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan permasalahan kekeluargaan yang dihadapi.
 
Pelanggan yang mempunyai masalah berkaitan kes-kes di Mahkamah Syariah boleh mendapatkan khidmat nasihat ini secara terus dengan cara walk in ke Aras 1, Kaunter Setempat, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu pada waktu pejabat, atau menerusi atas talian juga pada waktu pejabat. Pelanggan yang hadir boleh menjalankan sesi rundingcara / konsultasi dengan Pegawai Rundingcara Jabatan, Encik Abdul Ghani bin Sulaiman.

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 24

Week 399

Month 925

All 13690

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu