LATAR BELAKANG UNIT REKOD
Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diwujudkan melalui waran perjawatan Bil A62 tahun 2008. Seksyen Rekod adalah terletak di bawah salah satu seksyen yang terdapat dalam Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR).Seksyen ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (LS48), dibantu oleh Penolong Pengarah Kanan (LS44), seorang Penolong Pegawai Arkib (S27), seorang Pembantu Arkib (S17) dan dua orang Pembantu Syariah (LS17). Selain di ibu pejabat, Seksyen Rekod juga disokong oleh dua kakitangan iaitu Penolong Pegawai Syariah (LS27) dan Pembantu Syariah (LS17) di setiap JKSN/MSN. Seksyen Rekod beroperasi secara rasmi bermula pada 15 Ogos 2008.
Antara objektif penubuhan Seksyen Rekod adalah mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Di samping memberi penerangan, latihan dan khidmat nasihat kepada Jabatan, Seksyen Rekod juga bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan yang berterusan melalui program-program pengurusan rekod serta mengusahakan inovasi dan peningkatan yang berterusan bagi meningkatkan lagi pengurusan rekod di Jabatan Kehakiman Syariah seluruh Malaysia. Seksyen Rekod atau dikenali sebagai Unit Rekod di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu mula beroperasi pada tahun 2009 dan melaksanakan tugas seperti pengurusan dan pelupusan fail Housekeeping (Fail pentadbiran dan kewangan) dan fail Functional (Fail kes - Mal dan Jenayah ).
RUJUKAN PENGURUSAN REKOD
2. Akta 88 - Akta Rahsia Rasmi 1972
3. Pekeliling Perkhidmatan Bil 5-2007 Panduan Pengurusan Pejabat
4. PKPA Bil 1-2003 Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik
5. Garis Panduan Pengelasan Semula Mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972
6. Dasar Pengurusan Rekod Kerajaan 2010
7. Dasar Penilaian Dan Perolehan Rekod Awam 2012
8. Surat Pekeliling Perbendaharaan 4-2007
9. Surat Pekeliling AM 1970 Mengadakan Suatu Kumpulan Laporan Rasmi Di Arkib Negara
CAKNA PENGURUSAN REKOD
Sila klik di sini untuk ke galeri album Cakna Pengurusan Rekod