Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Nama Kumpulan : SYARIAH TRANSFORMATION SQUAD 

Nama Ahli kumpulan :

1. Tuan Mohd Amir bin Haji Arifin @ Mohd Rifin (Ketua Kumpulan)
2. Encik Azmil Hushairi bin Remli (Ahli)
3. YM Syed Muhammad bin Tuan Dalam (Ahli)
4. Puan Nurul Huda binti Abdul Rahman (Ahli)
5. Puan Siti Salwa binti Mustapa (Ahli)
6. Puan Rofidah binti Ali (Ahli)
7. Puan Rosmawati binti Wahid (Ahli)
8. Puan Supiah binti Hussin (Ahli)
9. Puan Kamalia Iklima binti Shaharom (Ahli)

   

Ringkasan/Pengenalan Projek

Projek “EZ-Nafkah”merupakan projek yang telah berjaya dihasilkan oleh kumpulan Syariah Transformation Squad (STS). Kini, projek ini telah dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu. Inovasi yang dilakukan adalah dengan mempercepatkan proses bayaran bantuan pendahuluan nafkah anak yang lambat.

Ez-Nafkah adalah adalah suatu proses permohonan Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak yang lebih mudah dan cepat bagi mengurangkan birokrasi. Permohonan ini menggunapakai Borang Aduan dan Borang Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan / MRS Daerah-Daerah. Borang Aduan dan Borang Bantuan Nafkah Anak yang lengkap diisi akan dihantar melalui emel dari MRS Daerah-Daerah terus ke BSK. Permohonan perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan dan disahkan oleh Pegawai Mahkamah dan seterusnya permohonan yang lengkap akan dinilai dari segi kelayakan untuk kelulusan.

 

Pencapaian dalam pertandingan.

Melalui projek inovasi ini, kumpulan telah menyertai beberapa konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Sepanjang penglibatan, berikut adalah pencapaian kumpulan Syariah Transformation Squad dalam penyertaan Konvensyen KIK sepanjang tahun 2014 – 2017.

Kumpulan STS telah memulakan langkah pertama dengan menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Kali ke 27 Tahun 2015 Peringkat Negeri Terengganu 2013 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 15 September 2015 yang dilangsungkan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Tempat Ketiga bagi Kategori Pengurusan dan membawa pulang Sijil Penyertaan, Plague, dan Wang Tunai sebanyak RM3000. Antara pencapaian yang lain adalah seperti berikut :

1. Kumpulan STS telah telah menyertai Konvensyen Konvensyen ICC Peringkat Wilayah Utara 2016 anjuran MPC bertarikh 03 - 04 Ogos 2016 yang dilangsungkan di De Baron Resort, Langkawi Kedah Darul Aman. Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Anugerah Emas (Gold Award) bagi Kategori Pengurusan.

2. Kumpulan STS telah menyertai Konvensyen Konvensyen ICC Peringkat Wilayah Pantai Timur 2016 anjuran MPC bertarikh 23 - 24 Ogos 2016 yang dilangsungkan di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Anugerah Emas (Gold Award) bagi Kategori Pengurusan.

3. Kumpulan STS telah diberi peluang untuk menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2017 (APIC) anjuran MPC bertarikh 25 - 27 Oktober 2016 yang dilangsungkan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pada penyertaan kali ini, kumpulan STS telah mendapat Anugerah Emas 3 Bintang (Gold Award) bagi Kategori Pengurusan.

Rentetan daripada kejayaan di peringkat Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2016 kumpulan Syariah Transformation Squad telah dijemput untuk menyertai International Convention On QC Circles (ICQCC) 2017 di Manila, Filipina pada 23 – 28 Oktober 2017 dalam kategori Competition.

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan

Jabatan telah mengarahkan penyeragamannya dibuat di seluruh Mahkamah Syariah Daerah-daerah di Terengganu dengan mengeluarkan suatu surat arahan penyeragaman pelaksanaan EZ-Nafkah tersebut yang ditandatangani oleh YAA KHS pada 04 Febuari 2015 dengan pelaksanaannya berkuatkuasa bermula pada 15 Febuari 2015.

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 23

Week 398

Month 924

All 13689

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu