User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

ย 

๐‰๐Š๐’๐Œ & ๐‰๐Š๐’๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐’๐ˆ๐๐„๐‘๐†๐ˆ โ€“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡/๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐„ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐˜๐€๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐„ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

๐‘ท๐‘ผ๐‘ป๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐’€๐‘จ | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YAA Datoโ€™ Hj Mohd Amran bin Mat Zain, petang ini menerima kunjungan hormat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu, YAA Tuan Haji Rosdi bin Harun di ibu pejabat JKSM.
ย 
Kunjungan ini merupakan lawatan rasmi pertama YAA Tuan Haji Rosdi ke JKSM selepas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu pada 21 Februari 2025. Beliau hadir bersama delegasi yang terdiri daripada YA Haji Kamalruazmi bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan YA Haji Hamidi bin Shafie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.
ย 
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara institusi kehakiman syariah peringkat negeri dan persekutuan serta membincangkan agenda penting berkaitan pembangunan sistem perundangan syariah di Malaysia.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai aspek termasuk pemerkasaan Mahkamah Syariah, penambahbaikan sistem penyampaian keadilan, serta usaha pembangunan modal insan dalam kalangan hakim dan pegawai kehakiman syariah.
ย 
YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM menyambut baik pelantikan YAA Tuan Haji Rosdi bin Harun dan menzahirkan harapan agar kerjasama erat antara JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri Terengganu terus diperkukuhkan demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan institusi kehakiman syariah.
ย 
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati sebagai tanda penghargaan serta simbol jalinan erat antara JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri Terengganu.
Dengan pertemuan ini, diharapkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuhkan dalam usaha memperkasakan sistem kehakiman syariah di Malaysia.
ย 
ย 
ย 

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
ย 
ย 
๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐€๐ฆ๐š๐ญ ๐€๐ซ๐ข๐Ÿ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐–๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐š๐ค๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐–๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐, ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐‡๐š๐ค๐ข๐ฆ ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ž ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ
Majlis yang bertemakan "Sanjungan Budi Semarak Kasih" ini telah berlangsung pada hari Khamis, 20 Februari 2025 bertempat di Bilik Gerakan, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Perjumpaan ini adalah merupakan kali yang terakhir dan YAA Dato' Haji Wan Mohd Zakri Bin Wan Mohd akan mula bersara pada 21 Februari 2025 setelah memulakan perkhidmatan pada 3 Januari 1993. Antara pengisian dalam majlis ini ialah acara penyempurnaan nota serah tugas, gimik persaraan dan penyampaian cenderahati dari warga kerja JKSTR. Majlis berakhir dengan sesi bersalaman dengan warga kerja JKSTR sebelum acara "clock out" dilaksanakan.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
ย 
๐‘ฒ๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต๐‘ผ I Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) telah menganjurkan program Majlis Literasi Undang-Undang dan Program Penyampaian Bantuan Nafkah BSK Siri 1 Tahun 2025 yang berlangsung pada 17 Februari 2025 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu.
ย 
Majlis ini dimulakan dengan slot ceramah yang bertajuk โ€œIsu Wanita dan Undang-Undang : Perkongsian Bidang Kuasa JBGโ€ yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Mohd Ariffin, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Bantuan Guaman Terengganu.
Seterusnya, majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Jawantankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah.
ย 
Yang Berhormat Dr. Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, membawa hasrat bahawa dari pihak Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh usaha murni dan komited terhadap peranan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di samping sebagai mengeluarkan perintah, Mahkamah jugalah yang mengambil peranan untuk memantau pelaksanaan perintah tersebut khususnya kepada suami/bekas suami yang gagal menjalankan tanggungjawab khususnya berkaitan nafkah anak, nafkah iddah dan mutโ€™ah.
ย 
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YAA Dato' Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie JKSTR, Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Syed Nazmi bin Tuan Taufek, Ketua Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEAT, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Jabatan Pendakwaan, Jabatan Bantuan Guaman, Persatuan Peguam Syarie Terengganu dan seterusnya pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
ย 
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada MAIDAM atas komitmen dan kerjasama MAIDAM yang terus menerus menyediakan peruntukan wang zakat melalui Akaun Kumpulan Wang Amanah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu sejak tahun 2014 lagi untuk diagihkan kepada ibu-ibu dan anak-anak yang berkelayakan yang mengalami masalah tunggakan nafkah anak di Mahkamah Syariah Terengganu.
ย 
Untuk rekod seramai 21 orang penerima bantuan nafkah telah diraikan. Sejumlah RM46,000 dana telah disalurkan dan juga bakul makanan turut diberikan di dalam majlis ini. Senarai penerima ini adalah berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak MAIDAM.
๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘บ๐’๐’Œ๐’๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’–๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚
๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚

jksnt

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel :ย jkstr@esyariah.gov.my


Penafian :ย Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini

Hits Pengunjung

Today 3

Week 12

Month 55

All 34656

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
ยฉ Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu