User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive

 

24 Jun 2024 : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah menerima satu lawatan sambil belajar dari Fakulti Pengajian Islam, University College Bestari (UCB). Lawatan ini disertai oleh dua orang pengiring dan 14 orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam, (UCB). Lawatan ini tiba jam 10.00 pagi dan dibawa ke Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah oleh pihak urus setia JKSTR untuk taklimat ringkas mengenai Peraturan Mahkamah. Seterusnya rombongan dibawa melawat ke Dewan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu. Taklimat mengenai Mahkamah Syariah diberikan oleh Puan Nur Fatin Naimah binti Bakri (Pegawai Penyelidik) dan Puan Mardhiah Sumayyah binti Mohd Amin (Pegawai Penyelidik). Sila klik di sini untuk ke galeri gambar.    

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive

10 Mac 2024 : Program Sambutan Ihya Ramadan bagi tahun 1445H/2024M telah diadakan di bilik gerakan bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Majlis bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Ketua Pendaftar, Tuan Kamalruazmi bin Ismail, dan slot ceramah yang disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Moktar Bin Salleh, Ketua Penolong Pesuruhjaya  (Undang-undang Keluarga) dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Antara lain pengisian program adalah bacaan ayat suci Al-Quran oleh Tuan Fikhruldin Bin Mohd dan tayangan montaj sempena Program Sambutan Ihya Ramadan 1445H / 2024M Peringkat JKSTR.

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive

28 Februari 2024 :Kunjungan hormat dari Amanah Raya Berhad ke atas YAA Dato' Ketua Hakim Syarie Terengganu. Perbincangan menjurus kepada peluang kerjasama yang boleh dijalankan antara Amanah Raya Berhad dengan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

jksnt

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini

Hits Pengunjung

Today 3

Week 12

Month 55

All 34656

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu