24 Jun 2024 : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah menerima satu lawatan sambil belajar dari Fakulti Pengajian Islam, University College Bestari (UCB). Lawatan ini disertai oleh dua orang pengiring dan 14 orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam, (UCB). Lawatan ini tiba jam 10.00 pagi dan dibawa ke Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah oleh pihak urus setia JKSTR untuk taklimat ringkas mengenai Peraturan Mahkamah. Seterusnya rombongan dibawa melawat ke Dewan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu. Taklimat mengenai Mahkamah Syariah diberikan oleh Puan Nur Fatin Naimah binti Bakri (Pegawai Penyelidik) dan Puan Mardhiah Sumayyah binti Mohd Amin (Pegawai Penyelidik). Sila klik di sini untuk ke galeri gambar.