10 Mac 2024 : Program Sambutan Ihya Ramadan bagi tahun 1445H/2024M telah diadakan di bilik gerakan bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Majlis bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Ketua Pendaftar, Tuan Kamalruazmi bin Ismail, dan slot ceramah yang disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Moktar Bin Salleh, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Undang-undang Keluarga) dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Antara lain pengisian program adalah bacaan ayat suci Al-Quran oleh Tuan Fikhruldin Bin Mohd dan tayangan montaj sempena Program Sambutan Ihya Ramadan 1445H / 2024M Peringkat JKSTR.
Berita Semasa
- Posted By Super User
- Berita Semasa
- Hits: 2372