User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

 

11 Ogos 2024 : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah menerima satu lawatan dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada 8 Ogos 2024. Seramai 6 orang yang hadir dalam lawatan tersebut. Anatara yang hadir adalah Pendaftar, Puan Marina binti Abdul Rahman, Encik Ahmad Zuhair bin A. Mubin, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, Puan Atrasina binti Zahrullail, Timbalan Pendaftar, Tuan Mohd Soleh bin Bahari, Penolong Pendaftar, dan 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat iaitu Puan Suhada binti Surani dan Puan Rosliza binti Abdul Rashid. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan kemahiran serta pengalaman JKSTR dalam melaksanakan program Non Fizikal File dalam proses kerja di mahkamah syariah. Lawatan bermula jam 10.00 dengan taklimat secara ringkas oleh Encik Ghazali bin Tawang, Penolong Pengarah Kanan, Unit ICT JKSTR di bilik gerakan JKSTR. Seterusnya lawatan ke kaunter setempat dan bilik pembantu hakim untuk melihat proses-proses kerja yang melibatkan Non Fizikal File. Sila klik di sini untuk ke galeri gambar.

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
 
25 Julai 2024 : Seminar Keselamatan ICT Tahun 2024 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah disampaikan oleh Encik Jazannul Azriq bin Aripin, Pengurus Unit Outreach, CyberSecurity Malaysia. Antara topik yang diberi tumpuan ialah berkaitan keselamatan siber, keselamatan peranti, rangkaian, artificial intelligence, scammer, parenting control, buli siber dan isu-isu semasa berkaitan keselamatan ICT

jksnt

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini

Hits Pengunjung

Today 3

Week 12

Month 55

All 34656

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu