User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
ย 
๐‘ฒ๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต๐‘ผ I Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) telah menganjurkan program Majlis Literasi Undang-Undang dan Program Penyampaian Bantuan Nafkah BSK Siri 1 Tahun 2025 yang berlangsung pada 17 Februari 2025 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu.
ย 
Majlis ini dimulakan dengan slot ceramah yang bertajuk โ€œIsu Wanita dan Undang-Undang : Perkongsian Bidang Kuasa JBGโ€ yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Mohd Ariffin, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Bantuan Guaman Terengganu.
Seterusnya, majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Jawantankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah.
ย 
Yang Berhormat Dr. Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, membawa hasrat bahawa dari pihak Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh usaha murni dan komited terhadap peranan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di samping sebagai mengeluarkan perintah, Mahkamah jugalah yang mengambil peranan untuk memantau pelaksanaan perintah tersebut khususnya kepada suami/bekas suami yang gagal menjalankan tanggungjawab khususnya berkaitan nafkah anak, nafkah iddah dan mutโ€™ah.
ย 
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YAA Dato' Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie JKSTR, Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Syed Nazmi bin Tuan Taufek, Ketua Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEAT, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Jabatan Pendakwaan, Jabatan Bantuan Guaman, Persatuan Peguam Syarie Terengganu dan seterusnya pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
ย 
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada MAIDAM atas komitmen dan kerjasama MAIDAM yang terus menerus menyediakan peruntukan wang zakat melalui Akaun Kumpulan Wang Amanah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu sejak tahun 2014 lagi untuk diagihkan kepada ibu-ibu dan anak-anak yang berkelayakan yang mengalami masalah tunggakan nafkah anak di Mahkamah Syariah Terengganu.
ย 
Untuk rekod seramai 21 orang penerima bantuan nafkah telah diraikan. Sejumlah RM46,000 dana telah disalurkan dan juga bakul makanan turut diberikan di dalam majlis ini. Senarai penerima ini adalah berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak MAIDAM.
๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘บ๐’๐’Œ๐’๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’–๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚
๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚

jksnt

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel :ย jkstr@esyariah.gov.my


Penafian :ย Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini

Hits Pengunjung

Today 3

Week 12

Month 55

All 34656

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
ยฉ Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu